Assalamualaikum.. setelah setahun tidak jenguk blog, ku beranikan diri utk kembali berkicauan di blog kerdilku ini. Last aku berkata-kata di sini adalah pada 2011, dan sekarang dah 2012, kira setahun la jgk tu kan?? hahaha
Sebenarnya last post aku adalah time perlawanan akhir piala malaysia di antara terengganu dan nogori, tetapi post tersebut tidak berjaya dipublishkan kerana kesedihan yang melampau disebabkan kesedihan melampau dalam diri.. sedih kot..... semangat woo........ ceit apeda.. yang berlalu biarkanlah berlalu.. ambil yang jernih, dan buang yang tak berapa nak jernih tuh!
Sekarang ni sepatutnya aku tengah duduk goyang kaki kat rumahku di kampung, tapi atas sebab-sebab tertentu, aku terpaksa korbankan masa cutiku dan berkampung di shah alam ni. Takpelah, nama pun lelaki, lelaki kena kuat, walaupun dalam hati tiap-tiap saat rasa mahu balik kampung.. waaaa mami dadi, ops.. cover2... :p
rindu kat blog ni dan rindu nk jln2 baca blog orang pastu tinggal komen.. :(