Saturday 15 October 2011

Yes!! Terengganu menang lagi!

Semalam adalah perlawanan suku akhir kedua di antara 2 gergasi pantai timur iaitu terengganu dan kelantan. Rasa sedikit terkilan kerana perlawanan segah ini tidak mendapat liputan di stesen tv tempatan. Rumah sewa aku tiada astro, jadi terpaksa la aku menonton perlawanan di antara selangor dan perak walaupun hati tengah melonjak-lonjak ingin melihat perlawanan yang melibatkan negeri sendiri.

Selesai sahaja perlawanan separuh masa pertama, mataku jadi berat dan seakan-akan tidak bersungguh untuk mengikuti perlawanan pada separuh masa kedua. Jadi aku pun segeralah ke kamar tidurku untuk membuat tahi mata dengan harapan terengganu akan menang pada perlawanan semalam.

Harapan ternyata tidak sia-sia. Pagi ini aku melihat keputusan perlawanan semalam di fesbuk dan ternyata terengganu mara ke separuh akhir setelah berjaya mengikat kelantan 2-2. Nasib baik la masa first leg hari tu di tempat sendiri terengganu menang 3-1. Bekalan 2 gol itu la sebenarnya yang menyelamatkan terengganu. Syabas ku ucapkan buat negeriku terengganu.

Syukurlah ada video highlight yang diuploadkan di youtube, terubat jugalah rasa ingin melihat aksi anak buah irfan bakti ni.. Apa yang dapat aku komen, Ashaari Shamsuddin terbaik! jom sama-sama kita tengok aksi-aksi semalam.. :)

Friday 7 October 2011

Sedih........

Sedih.... hari ni aku tak dapat pergi solat jumaat. Masa aku bersiap tu, langit masih kelihatan cerah dan tiada tanda-tanda mahu hujan. Tapi di saat aku keluar saja dari rumah, hujan mula turun dengan perlahan. tak sampai 5 minit, hujan yang perlahan tu sudah bertukar menjadi garang. Haiya... aku pun masuk la ke dalam rumah kembali. Masa itu jam belum menunjukkan pukul 1, awal lagi..... hati dengan penuh harapan mendoakan agar hujan dapat berhenti seketika untuk memberi laluan bagiku ke masjid.

Tunggu punya tunggu, sudah jam 1.30 petang, hujan masih juga belum reda. Ya Allah, dugaan apakah ini? Aku cuma ada sebuah motor, semua budak rumahku cuma berkenderaankan motor kecuali seorang. Tapi tadi dia tiada di rumah atas sebab yang tak dapat diceritakan. Payung tiada, kalau berpayung pun tetap akan basah kerana hujan yang turun disertakan dengan angin yang agak deras.

Aku pun termenunglah seorang diri di tingkap, bilal sudah mengalunkan iqamah menandakan solat jumaat sudah mahu bermula. Jadi secara rasminya, solat zohor la aku tadi di rumah. Waa sedihnya..........

Aku mendoakan agar semua umat Islam di dunia khususnya di Malaysia sentiasa di bawah lindungan Allah.. Amin..

Thursday 6 October 2011

My new hobby

Sekarang rasa macam dah terkena badi sukan lasak. Mungkin sebab hari tu aku beli beg deuter kot, macam la ada kena mengena kan? He3.. Hobi terbaru aku sekarang ni adalah kayak dan wall climbing. Fuh, memenatkan tapi teramatlah bestnya. Mengalahkan kesedapan ayam KFC dan burger MCD.

Aku mula berkayak dari sem lepas lagi selepas aku join 1 kelab yang diberi nama kresma, atau nama panjangnya kelab rekreasi UiTM Malaysia. Kawan yang perkenalkan aku kat kelab ni. Sem lepas aku cuma masuk untuk join kayak sebab nampak best je orang main petang-petang kat seksyen 2 tu. Bayaran dia pun cuma rm10 untuk 1 sem, murah kan? Sebab tu la aku join. :)

Tapi bermula dari sem ni, aku mula berjinak-jinak dengan sukan lasak yang diberi nama wall climbing. Memang dah tersangkut abis dah ni, rasa macam tiap-tiap malam nak pergi main kat extreme park seksyen 13 tu. Best...... Tapi dia punya lenguh Ya Rabbi, Tuhan je yang tahu...

Ingat nak beli kasut climbing, tapi harga dia mengalahkan harga beg deuter aku (tak abis-abis dengan beg deuter). Mahal..... kaki ayam je lah sem ni, Insyaallah sem depan aku akan beli. Tengah bersemangat ni. Harap-harap semangat ni takkan luntur dengan cepat.... :)

Wednesday 28 September 2011

Alahai manusia

Sudah tengok ke belum video terbaru yg dirakam dan disunting oleh Namewee? Dia ni dulu seorang yg aku lihat agak ekstremis juga la dlm hal-hal agama dan perkauman ni. Dia ada kutuk agama Islam, dia ada kutuk melayu bahkan TNB pun tak terlepas juga dari menjadi mangsa kutukan beliau. Pengutuk besar punya worang nih...

Dan yg terbaru, dia mengutuk akhbar utusan malaysia. Sejujurnya aku pun tak berapa suka baca surat khabar tu sebab terlalu berunsurkan politik. Hari ni kutuk pas, esok kutuk pkr, lusa kutuk ambiga dan macam-macam lagi la. Aku kan pelajar, mana boleh berpolitik, nanti tak pasal-pasal kena buang, nauzubillah....

Layankan je lah ye... pastu fikir sendiri mana betul mana salah.. :)

Sunday 18 September 2011

Restoran hakim dan kaki bola

Tadi macam biasa aku keluar pergi tapau makan malam di restoran hakim. Malam ni ada banyak game yg menarik dan yg paling menarik tertarik kau memang da boom ialah game antara Manchester united dengan Chelsea. Tadi time aku di sana, team yg tengah khusyuk berentap dan beradu tenaga ala-ala tarian poco-poco ialah Tottenham dengan Liverpool dan sebentar tadi aku tengok keputusan di internet, Liverpool telah kecundang 4-0. Pelik juga, team yg sehebat dan segah Liverpool boleh kalah dengan teruk macam tu? dunia...

Tapi yg tak boleh tahan, majoriti yg bersorak dan melalak tak tentu pasal di retoran hakim tadi rata-ratanya berjersi Man.U dan Chelsea. Mungkin dorang taknak terlepas kerusi time perlawanan antara dua gergasi tu nanti kot. Tapi serius, memang kelakar sampai aku tersengih-sengih time beli makanan tadi. Sorakan tu tak payah cakap la, bingit telinga ni.

Orang nak bersorak ke, nak menjerit ke, nak berjoget atas meja ke. Yg untungnya tokey restoran hakim la. Tadi siap ada booth di depan restoran tu, ada juga suara DJ yg bercakap-cakap tapi ku intai-intai tak nampak pula kelibat orang yg bercakap guna mic di situ. Tak tahu DJ dari mana, suria bersinar FM kot. Wallahu'alam.

Dah dah, esok ada kelas. Aku sikit habuk pun tak prepare apa-apa pun lagi ni, tapi apa yg penting esok pergi kelas dengan beg baru (baca entry sebelum ni), yahooo!!! Selamat malam semua. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah.. :)

Saturday 17 September 2011

Aku dan beg Deuter

Sesiapa yg suka aktiviti lasak mesti familiar dengan beg berjenama deuter. Pada pertengahan tahun lepas aku ada join satu aktiviti lasak iaitu aktiviti jungle trekking daripada cameron highland ke gopeng (rujuk sini), so aku terpaksa membeli satu beg hiking. Kawan-kawan aku mencadangkan jenama deuter jadi aku pun tanpa segan silu dan confidentnya terus la membeli satu beg deuter berkapasiti 60Liter di uptown shah alam dengan harga rm150. Masa tu aku tak kisah sangat pasal ori tak ori ni, yg penting aku ada beg untuk letak barang dan nampak bergaya cukuplah. Esyehmen, nak masuk hutan pun kena bergaya juga ke? Whatever.....

So dipendekkan cerita, bermula daripada hari tersebut aku seakan-akan demam beg deuter. Tambahan lagi budak rumah aku ada sorang yg menggunakan beg tersebut ke kelas (kapasiti kecil <25Liter), tambah-tambah demam la aku. Ni demam tiada ubat ni, ni kena beli juga ni. Hahaha.. So pendam punya pendam, semalam kawan aku ajak pergi tidur di rumah abang dia di KL. Jadi hari ni, sesudah subuh aku dengan kawan aku pun jalan-jalan la di kota yg penuh dengan kesesatan.. eh? silap.. penuh kesesakan la....... Ok2, ada cubaan melencong di situ. Sigh..

Jalan punya jalan, terpandang la aku kat satu kedai beg ni. Masa tu latar tempatnya di pertama kompleks. Alaa.. yg sebelah sogo tu... yg begitu begitu tu... dan mata aku pun meliar mencari beg galas yg berkenan di hati. Dan sepantas kapal terbang melanggar WTC, mata aku bertentang mata dengan sebuah beg deuter yg tiada mata. Dia punya design fuhh... dia punya kain wallah... dan dia punya warna wallawehh... terus berkenan. Tanya harga dia kat tokey kedai tu, rm249.00. Mak ai... harganya mengalahkan harga nasi kandar restoran hakim.

"tak boleh kurang ke tokey....."
"haiya, u punya pasal takde hal la... 30% wa kasi diskaun!"
"berapa la harga sekarang tokey? Saya malas bab kira mengira ni. Assigment math saya pun tak terbuat lagi ni"
"rm170, lu maw ka tidak?"
"haiya, kasi murah lagi la tokey.... please....!"
"yela2, lu punya muka manyak kasihan oo, macam itu sarjan hassan jugak, wa bagi u rm165"

So selepas sesi negotiation tersebut, aku pun sah pemilik kekal beg deuter tersebut dengan mas kahwin rm165 tunai..... Gembira di hati tidak terbendung lagi, jadi aku pun sengih la sorang-sorang. Sekarang pun tengah sengih lagi ni, tapi korang tak boleh nampak la sebab webcam aku rosak (macam tu pun boleh?). Semangat ni nak pergi kelas, nak menunjuk kat orang, alaa.. macam budak-budak time dapat pistol air tu....

Ok la, penat belum hilang lagi ni, nak pergi mandi dulu. Jumpa lagi pada slot akan datang. Renung-renungkan dan selamat hari raya. :)

p/s : dialog tu cuma merupakan olahan semula oleh pengarang, jangan tertipu dan terpedaya keh? k cantekk... jazakallah.. :)

Friday 16 September 2011

Selamat pagi Malaysia!

Yes! hari ni cuti. Hari jadi Malaysia la katakan. Tapi aku yakin, ramai yg gembira hari ni disebabkan oleh cuti, bukannya disebabkan oleh ulang tahun kewujudan Malaysia. betul tak? hahaha.. just trolling guys! Yep, aku gembira sebab hari ni cuti, so maknanya aku tak payah pergi kelas, tak payah keluar rumah dan tak payah berpanas menaiki motorku. Jaga kulit la katakan. Macam la putih sangat aku ni. Dayyum!

Malaysia sudah 48 tahun terbentuk, namun sampai ke hari ini tiada seseorang pun yg kelihatan bersungguh-sungguh untuk meraikan hari jadi malaysia yg dikatakan negara tercinta oleh sebilangan besar rakyat malaysia itu sendiri! Apa yg mereka tahu, 31 ogos 1957 saja. Itupun disebabkan oleh peranan media massa seperti tv dan paper berita hairan. Sebulan sebelum merdeka kan biasanya iklan berduyung-duyung keluar di tv. Iklan suparjo la, iklan kat hospital la, macam-macam ada...  Masa tu baru la orang 'Oooo, hari ulang tahun merdeka dah dekat'. Dan bagi yg bersemangat sikit tu, pergi la mencari bendera untuk ditampal di atas bumbung kereta. Dan bagi yg 'badan berkecuali', dorang buat-buat tak kisah je pun.

Aku ingat lagi, Dulu............ (zaman aku kecik-kecik), masa tu abah pakai kereta buruk, jenis mazda 808 kalau tak salah. Uii buruk bukan sebarang buruk, satu tanah melayu dah pusing tu, (kalau sebut malaysia, maknanya termasuk sabah dan sarawak). Masa tu la last sekali abah lekatkan bendera atas kereta dia. Lepas tu abah ada tukar-tukar kereta ( jenis yg baru juga la), jadi dia malas lekatkan bendera tu, sebab takut tanggal cat dia cakap. Whatever la abah, you the man!

Sepanjang aku keluar rumah dalam 2 -3 hari ni, ku perhatikan tak ramai pun yg lekatkan bendera atas kereta. Yg ada pun, aku rasa bos kat tempat kerja yg suruh dorang lekatkan, kalau tak, haram.... Eh? macam off topic pula aku pagi-pagi ni. Ok berbalik kepada topik asal (Malaysia), Malaysia terbentuk bukan disebabkan oleh merdekanya tanah melayu, tetapi yg menjadi sebab utamanya adalah Tunku Abd Rahman mahukan satu kesepakatan daripada tanah melayu, sabah dan sarawak. Beliau mahu agar semua bersatu dan membentuk satu gagasan baru yg bernama 'Malaysia'.

Banyak blog yg aku search sebentar tadi menceritakan pasal sejarah pembentukan Malaysia. Kesannya, aku rasa betul-betul mengantuk sekarang ni. Ya, aku memang kurang berminat dengan matapelajaran ni dari tadika lagi. Jadi aku malas copy paste semua tu masuk dalam blog aku ni. Just bagi info yg ringan-ringan cukup la. Apa yg boleh aku tambah lagi ialah, banyak pihak yg diawalnya menentang pembentukan gagasan ini, namun setelah meeting demi meeting, mesyuarat demi mesyuarat dan ngeteh demi ngeteh dilakukan, kesefahaman telah dicapai dan hasilnya wallah! Lahirlah Malaysia... bapanya Tunku Abd. Rahman dan ibunya Nurul Che Siti Kuala Lumpur. Make sense right? If someone ask u about ibu negara, u'll said 'Kuala lumpur' right? Ok i'm know its not funny. Dont laugh at me...

Yg penting, tak kisah la apa tanggapan anda, siapa juga anda. Kita perlu sama-sama bersatu padu untuk memakmurkan negara kita ini. 'Ayah' kita sudah sediakan rumah untuk kita, so menjadi tanggungjawab kita lah untuk mengecat mana dinding yg usang, mengemas bahagian berselerak dan bukannya menambahkan lagi kekotoran dalam rumah tu. Jadi anak derhaka nanti. Ok? u got the point?

p/s : cuti cuti juga, untuk kaum adam tu, solat jumaat jangan lupa ye..

Thursday 15 September 2011

Motor dah sampai!!!

Yesss! akhirnya sampai juga la motor aku yg sebuah tu. Kalau nak diikutkan, pos laju dah kol aku semalam tapi malangnya hari hujan. Terpaksa la aku menyanyi sorang-sorang lagu 'tunggu sekejap' dendangan P.Ramlee dalam filem sarjan hassan tu. Tunggu sekejap.... wahai motorku.. kerana hujan..... WooWWooooo.... ish ish ish... sedih dan sayu sekali rasa dihati..

Hari ni aku ada kelas dari jam 8.30 pagi sampai 12.20 tengah hari. So terpaksa la tunggu sampai habis kelas baru boleh pergi kat pejabat pos laju. Maw saja aku ponteng kelas tadi sebab nak pergi ambik motor, tapi tiada orang yg boleh hantar. Jadi terpaksa la juga masuk kelas, tapi bukan belajar sangat pun. Just sesi borak memborak sahaja yg ada. Alahai lecturer ku....

Oh ya, petang ni team malaysia ada game di stadium UiTM dan dengar-dengar lawan mereka kali ni adalah negara Oman. Jom la sama-sama kita meriahkan stadium UiTM yg tak seberapa besar dan indah tu ya? Tapi jangan la ponteng kelas pula. Pandai-pandai la fikir, mana baik dan mana buruk keh?

Malaysia, here i come to support u!

Wednesday 14 September 2011

Kuliah dah bermula

Hari ni terasa begitu berbeza. Selepas berbulan-bulan aku meninggalkan buku dan pen, hari ni aku kan mula menghadap mereka! Harap-harap tak la beku sangat otak aku ni untuk menerima segala input yg diberikan nanti.  Terasa begitu eksited sekali untuk menjejakkan kaki balik ke bilik kuliah, yg tak bestnya hari ni aku masih lagi seorang penumpang. Motor belum sampai! Rasa macam nak menangis pun ada.

Nasib baik la ada seorang kawan yg memahami, dengan dia la aku menumpang hari ni. Dia tinggal di seksyen 2 sedangkan aku di seksyen 7 tapi dia sanggup pusing pagar UiTM semata-mata nak jemput aku. Terima kasih nazmi. Ku hadiahkan 1 pantun untukmu,

                                          "pisang emas dibawa belayar,
                                           masak sebiji di atas peti,
                                           hutang emas dapat ku bayar,
                                           hutang budi ku bawa mati."

Masa untuk berkemas! :)

Monday 12 September 2011

Alahai pos laju shah alam......

Aku baru saja pulang dari pejabat pos laju shah alam. Pagi td ada 1 panggilan tak di jawab dan aku cuba beberapa kali menghubungi nombor tersebut namun tidak terjawab. Dan nombor itu jelas menunjukkan aku cuba dihubungi oleh seseorang dari selangor! Otakku segera bertindak balas dengan mengatakan bahawa ia datangnya dari pos laju shah alam. Yahuuuu! motor yg ku pos dari kampung sudah sampai!

Namun yg aku hairan, nombor itu tetap tidak dapat dihubungi. Lantas aku menyelongkar bilikku untuk mencari sebarang dokumen yg berkaitan dengan pos laju. Bukan butirannya yg ku cari, tapi nombor telefonnya yg ku mahukan. Dan akhirnya, yes! jumpa! terus la aku mendail dan tutt tutt........ tutt tutt..... tutt tutt........... nombor yg anda dail tidak dapat dihubungi bla bla bla.......... pos laju ni macam saja nak prank aku ni....

Aku pun tanpa berlengah lagi terus menghubungi kawanku, minta dihantar ke pos laju. Nak naik bas tak reti, maklumlah dah lama tak naik bas harian ni.. hihi. sampai sana kaunter ku serbu, dokumen diri ku serah dan segala butiran telah ku isi.

'Ok adik pergi ke belakang dan cari motor adik yer.', arah si penjaga kaunter.

Aku pun terus la melangkah laju menuju ke belakang. Wah..... banyak sekali motosikal di dalam tu. Aku dengan wajah yg penuh eksited mencari dimanakah gerangan sahabat a.k.a motorku itu. Sedang aku khusyuk menilik motor-motor yg ada, aku disapa oleh seorang pekerja di situ lalu dia pun turut sama mencari motorku itu.

'bila adik pos motor tu?', tanya pekerja tersebut.

'hari sabtu bang', jawabku.

'Eh, kalau hari sabtu, belum sampai lagi dik.', ujarnya.

'Err betul ke bang? abis siapa yg kol sy tadi??' tanyaku.

'Mungkin orang salah nombor kot.....', jawabnya sambil ketawa.

Alaaaa.......... ternyata motorku belum sampai lagi. Pekerja tu cakap mungkin dalam 2 3 hari lagi sampai la. Aku dengan muka seposen terus keluar dari kawasan tu. Malu tu tak la tapi terkilan sebab motor belum sampai. Nampak gayanya menumpang lagi la besok, huhu...

So the moral of the story, jangan main redah saja.... jazakallah... :)

Cuti panjang sudah habis.....

Assalamualaikum.... huaghhhh (menguap), eh? dah berbulan-bulan aku 'berhibernasi' rupanya. Rasa macam baru semalam aku pulang ke kampung halaman! Bagi yg masih mempunyai semangat beraya tu, selamat hari raya aku ucapkan. Raya raya jgk, puasa 6 jgn lupa ye? banyak fadilatnya tu....

Bercakap pasal raya ni, raya tahun ni sgtlah berbeza dgn tahun-tahun yg sebelum. Kalau sebelum ni, raya hanya sekadar 1 kitaran hidup, berlalu pergi begitu saja bak bayang-bayang di ufuk jingga. Tahun ini aku beraya dengan family beserta dgn kamera baru! yes i'm know i'm 'kolot', but its a fact. Family aku sudah bertahun-tahun tiada kamera, seingat aku last skali kamera wujud dalam family aku masa zaman tok kaduk dulu (zaman pakai kodak). Masa kat kedai hari tu abah tanya, kedai ni takde jual kodak ke? aku gelak keseorangan. Nak gelak lebih-lebih takut jadi anak derhaka pulak nanti. hahaha.

Back to the story, tahun ni buat julung-julung kalinya family aku bergambar beramai-ramai. Sudah ada pun tersangkut kat dinding rumah. Dah berpuluh-puluh tahun aku mengimpikan gambar macam tu, tapi sekarang baru terlaksana. Ikutkan hati, nak je upload gmbr dalam ni, nak tnjuk kat 1 dunia. ehem2.

Ok, sekarang masa untuk mintak maaf, aku nak mintak maaf dkt semua yg view blog ni pastu hampa sebab takde update, err ade ke? kononnye ada la keh. Di rumah aku takde internet, nak pg cyber cafe malas pulak. So terpaksa la 'berhibernasi' kejap. Tapi tak lama pun, kejap je kan? Aku bertolak dari terengganu pukul 10 pagi semalam dan sampai di shah alam sekitar pukul 7 malam. 1 perjalanan yg meletihkan sebab aku driving sorang2. Ada 2 orang penumpang, sorang takde lesen, sorang lagi baru dapat lesen (kakak aku), tak berani la aku nak kasik, so sorang2 je lah...

Insyaallah, from now on aku akan mulakan aktiviti meng'update' blog macam biasa. Dan aku nak ucapkan terima kasih kepada kak kiyah kerana dia prihatin terhadap blog kerdil ni. Syukran akak! Ok sekurang2nya aku ada seorang pembaca setia.. =)

p/s : ramai betul yg excident atas highway semalam, nauzubillah.

Sunday 26 June 2011

Balik kampung

Alhamdulillah, setelah 7 bulan aku berada di negeri orang, akhirnya dapat juga aku pulang ke kampung halaman di terengganu. Baru saja siap masukkan semua barang ke dalam beg. Rasa teruja di hati tidak dapat dibendung lagi. Maklumlah, setengah tahun aku tidak melihat negeri sendiri, entah bagaimana rupa bandar kuala terengganu sekarang dan yang paling aku teruja, lepas ni keluar jalan-jalan pergi bandar atau mana-mana saja, aku dapat merehatkan lidahku daripada berbahasa 'key el', oh terengganu, ku amat merindui loghatmu... hihi

Insyaallah aku akan menaiki bas milik dato' sani jam 12.30 tengah hari nanti, kalau dapat ku kawal perjalanan masa, tentu sahaja aku akan memutarkan waktu tepat-tepat jam 12.30 agar dapat segera aku menaiki bas dan bertolak pulang. Semua sudah sedia, tinggal bab makan sahaja sekarang. Perut dari tadi lagi mengalunkan irama syahdu namun apakan daya, tiada makanan yang dapat kuberikan kepada kau sekarang. Sabar.. nanti kita cari sesuatu untuk dimakan ya?

Ok, sekarang masa untuk off laptop kerana cuma mamat ni sahaja yang belum masuk ke dalam beg, degil betul budak ni. Doakan agar perjalananku nanti diberkati dan dipermudahkan oleh-Nya.. Amin ya Rabbal alamin....

Tuesday 14 June 2011

Malaysia bergoyang???

Sesiapa yang tinggal di area Kuala Lumpur dan Selangor mesti perasan akan satu goyangan lembut sebentar tadi lebih-lebih lagi bagi yang tinggal di apartmen yang tinggi. Aku yang tinggal di rumah flat berketinggian 5 tingkat dapat merasai goyangan tersebut dengan jelas. Mula-mula tu ingatkan cuma perasaan saja, maklumlah, masa tu baru bangun tidur. Tapi setelah goyangan berlaku buat kali kedua, barulah aku perasan yang goyangan tu betul-betul terjadi dan bukan sekadar cubaan.

Aku cuba la google sikit, nak tengok ada tak berita pasal gegaran lembut tu. Masyaallah.... rupa-rupanya semua tu berpunca daripada gempa bumi yang berlaku berukuran 5.5 pada skala richter di Sumatra, Indonesia. Tak sangka pula gegaran dia tu boleh dirasai sampai ke Malaysia, tak dapat dibayangkan kalau berada di tengah-tengah zon gempa tu macammana, nauzubillahiminzalik...

Lindungilah kami Ya Allah daripada segala malapetaka dan bahaya.. amin......

Apabila jari berhenti menari

kesiannya tengok blog ni, dah berminggu-minggu tak diupdate, seolah-olah telah dilupakan oleh tuannya sendiri, tambah-tambah kerdil la kau sekarang wahai blog sang kerdil! Jahatnya aku, tapi aku memang sengaja rasanya. Tubuh aku sihat, tangan pun ok lagi ni, jari tiada masalah bahkan otak pun masih berfungsi dengan lancar. Mungkin sebab semua itu terlindung dek kemalasan yang semakin menebal di dalam diri. Macamana ya hendak buang penyakit malas ni? Kena mandi air bunga kot.....

Apabila jari berhenti menari......... wahh tajuk entri dah sebijik cam tajuk novel, setanding dengan novel habiburrahman el shirazy kot. Aku memang minat hasil nukilan beliau, begitu lembut dan halus sekali bahasa yang digunakan sampaikan aku rasa terkhayal sekejap saat mataku menatap isi novel yang dikarang beliau. Kalaulah aku dapat mengarang sebaik beliau, tentu sahaja aku akan karang novel bertimbun-timbun dan lepas tu jual kat kedai buku. Kaya aku kaya!

Tapi sebenarnya bukan aku mahu berbual pasal beliau pun, saja merapu pasal beliau sebab nak panjangkan entri, hehehe. Apa-apa pun tahniah buat pasukan bola terengganu kerana telah berjaya membawa pulang piala FA yang telah 11 tahun disimpan di almari pasukan negeri lain selama ini. Sungguh dramatik sekali kemenangan yang diperolehi terengganu pada malam itu. Setelah piala FA kelihatan semakin kabur dipandangan mata, gol mengejut daripada tampanan ke gawang sendiri oleh daudsu telah memcahkan kebuntuan barisan pemain irfan bakti dan penonton yang berpusu-pusu keluar kelihatan meluru kembali ke dalam stadium untuk memastikan kebenaran gol itu.

Kalau sahaja aku di situ, tentu aku akan menjerit sampai terkeluar anak tekak aku ni. Sebabnya aku menjerit didepan tv di rumah aku seperti seorang yang kurang siuman. Bak kata nabil, whatever....... tak kisah la apa orang nak cakap, yang penting kemenangan terengganu sangat menggembirakan hati aku, dan hati ribuan peminat dan penyokong pasukan terengganu. Syabas terengganu.. Peteh ganu peteh...

i love terengganu, my hometown and my everythings.. i was born there, at a small village called ehem2. Tak boleh sebut nama kampung, nanti kantoi.... hahaha.. Semarak darul iman... Wallahu'alam..

Monday 23 May 2011

Pengalaman di hutan - day 3 (last episode)

Hari ketiga, 13hb Mei 2011, rutin pada pagi itu seperti biasa cuma yg bezanya pada pagi itu kami tidak bersarapan dengan megi, kali ini cucur a.k.a cekodok a.k.a jemput2 (bahasa terengganu) menjadi menu pilihan. Selepas menjamu selera, semua barang2 dikemas, khemah dilipat, sampah dikumpulkan agar tiada pencemaran alam yg berlaku asbab daripada perbuatan kami dan sekitar jam 10 pagi, semua peserta telah bersiap utk memulakan perjalanan keluar daripada hutan itu.

Doa sudah dibaca, taklimat sudah diberi dan last sekali, kata2 perangsang diberikan oleh abg guider utk menambahkan lagi semangat kami utk memulakan perjalanan.

Peserta trans go-cam UiTM 2011

Jadi bergeraklah kami menuju ke kampung sungai ruil, perjalanan pulang itu tidak jauh beza dengan perjalanan ketika datang sebab kami melalui jalan yg sama cuma bezanya ketika datang, kami banyak melalui cerun, jadi ehem2, fikirlah sendiri ye. Jatuh tergolek tu dah kira lumrah kalau bermain dengan jalan hutan ni tapi apa-apa pun, semua ni adalah pengalaman dan asam garam kehidupan. Jika tidak mengenal erti kesusahan, kita tidak akan mengerti akan besarnya nikmat kesenangan.

Aku tiba di kampung sungai ruil sekitar jam 4.30 petang dan peserta last yg tiba pada hari itu adalah jam 7 petang. Malangnya, ada 3 peserta yg tidak sempat keluar pada hari itu kerana cedera jadi mereka bermalam dihutan itu utk 1 malam lagi bersama2 dengan 2 orang guide. Jam 1 petang keesokannya (14hb mei) barulah mereka dapat keluar daripada hutan tersebut.

Trans go-cam 2011, itulah nama sebenar program kami. Dengan misi hendak menakluki laluan hutan sepanjang cameron ke gopeng merentasi banjaran titiwangsa, namun misi kami itu tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, banyak pengalaman yg dapat kami timba sepanjang di hutan itu. Bak kata orang, kita tidak boleh membeli pengalaman walaupun kita mempunyai wang jutaan ringgit ditangan. Yg paling aku bersyukur, semua dapat keluar dengan keadaan selamat. Alhamdulillah....

Program kami tidak berhenti setakat itu sahaja sebenarnya kerana pada 14hb dan 15hb mei, kehidupan kami adalah di satu kem di Gopeng, Perak (lupa dah apa nama dia). Aktiviti2 dia pun tidak kurang hebatnya, kami berpeluang merasai pengalaman 'water abseling', 'water tubing' dan menjelajah gua tempurung (gua terbesar di Malaysia). Petang 15hb mei 2011, kami berangkat menuju ke UiTM shah alam, berbekalkan 1001 pengalaman dan yg pasti, semuanya adalah kenangan manis buat kami terutamanya buat diriku.

Terima kasih abg2 radak adventure kerana telah menghidangkan 1 aktiviti yg berguna buat kami, warga pelajar UiTM. Dan ribuan terima kasih juga kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sewaktu di dalam hutan. Miss u all, Insyaallah, jika berkesempatan umur dan diperjodohkan oleh-Nya, kita akan bersua lagi di masa2 hadapan utk aktiviti2 yg lebih mencabar. Insyaallah...

-tamat-

Saturday 21 May 2011

Pengalaman di hutan - day 2

Pagi 12hb Mei itu terasa begitu kelat. Tubuhku berasa begitu berat utk bangun bagi menunaikan solat fardhu subuh. Terasa sakit dan sengal2 1 badan, mungkin kesan daripada perjalanan yg panjang semalam. Sarapan disediakan secara bergotong-royong dan menu pada pagi itu cuma megi kari. Seronoknya dapat makan megi secara beramai2 di pagi yg sejuk dan mendamaikan itu. Kuahnya ku hirup sampai tiada setitik pun yg tertinggal. Juadah utk tengahari kami siapkan pada waktu itu juga kerana tengahari nanti kami tidak perlu lagi memunggah barang dari beg utk masak, makan je terus. Senang, cepat, efisyen dan berintegriti. tak gitu?

acara masak megi secara beramai-ramai


Mengikut perancangan awal, kami akan berekspedisi pada hari kedua itu sampailah ke campsite kedua, bermakna kami akan bermalam buat kali kedua di tengah2 hutan yg tebal itu. Sekitar jam 10.30, setelah semua peserta telah bersedia, kami pun meneruskan perjalanan ke campsite kedua. Cuaca yg agak mendung dan redup merisaukan kami kerana takut dibaham air hujan sebelum tiba ke destinasi. Manusia merancang, dan Allah juga merancang dan ternyata Allah merupakan sebaik2 perancang. tidak sampai 3 jam kami berekspedisi, hujan mencurahkan isinya tanpa menghiraukan perasaan kami. Mahu tidak mahu terpaksalah kami meredah hutan dengan hujan lebat mengiringi perjalanan kami.

Sama seperti hari pertama, peserta ekspedisi berpecah kepada kumpulan2 kecil. Kali ini perjalanan kami lebih mencabar kerana terpaksa meredah beberapa anak sungai yg megah terbentang dilaluan. Aku yg berjalan agak lambat ini tergolong dlm kumpulan kedua, kumpulan pertama nun jauh di depan. Bersamaku ada 2 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Masih segar di benakku di mana salah seorang ahli kumpulan kami hampir saja dihanyutkan oleh arus sungai yg deras. Masa itu hujan turun dengan lebat menyebabkan arus sungai menjadi deras dan merbahaya. Mujurlah salah seorang daripada kami sempat berlari dan menerkam beg perempuan itu, kalau tidak nauzubillah, aku sendiri pun tidak mampu mengagak apa yg akan berlaku.

Jam 2 petang, tiba2 seorang guider menuju ke arah kumpulan kami dari arah depan dengan muka yg cemas. Aku sendiri hairan kenapa guider berkelakuan begitu.

"patah balik, patah balik!", jeritnya.

"kenapa abang?", soal kami kebingungan.

"patah balik dulu, nanti bila semua dah berkumpul baru abang cerita", jawabnya laju sambil pantas berjalan menuju ke belakang, mungkin kerana ingin mencari kumpulan2 yg di belakang.

Semua berpandangan, dan tanpa berlengah lagi kami pun berpatah balik mengikut jalan yg sama yg dilalui. Abang guider sekejap saja dah hilang dari pandangan mata. Setengah jam berjalan, kami pun sampai ke tempat berkumpul. Semua kelihatan kebingungan, masing2 tidak mengerti kenapa perjalanan tidak diteruskan. Suspen dalam hati tidak terkata. Namun selepas diberi penjelasan oleh guider, baru la aku faham. Rupa-rupanya nun jauh di depan ada sebatang sungai yg agak besar. Memang sudah menjadi lumrah jika hujan turun dengan lebat, air sungai itu akan menjadi laju dalam tempoh yg agak lama dan kalau kami mahu menunggu, bermakna kami terpaksa bermalam dulu sebelum melintasi sungai tersebut.

Seperti yg aku katakan tadi, kita merancang, dan Allah juga merancang. Ternyata rancangan kami cuma mampu terlaksana setakat itu sahaja. Setelah kata sepakat diperolehi, kami pun sebulat suara mahu berpatah balik menuju ke kampung sungai ruil. Tapi misi kami pada petang itu adalah utk sampai ke campsite pertama dahulu. Malam itu kami akan bermalam di tempat yg sama. Selepas semua menjamu selera dan berehat, kami pun dengan berat hati berpatah balik.

Hari mulai gelap, lantas aku keluarkan headlamp bagi menyuluh jalan di hadapan. Mujurlah hampir kesemua peserta mempunyai headlamp, kalau tidak sukarlah kami mahu melangkah di dalam hutan yg gelap gelita itu. Sekitar jam 8.30 malam kami sampai di campsite peninggalan kami pada pagi tadi. Seperti biasa, pembinaan khemah didahulukan. Oleh kerana keadaan yg basah disebabkan hujan pada petang tadi, pacat bermaharajalela pada malam itu. mereka bagaikan berpesta mencari mangsa dan aku tidak terlepas dari menjadi habuan mereka. Namun apalah sangan kudrat si pacat jika dibandingkan dengan kudrat manusia sepertiku ini. Malam itu aku menjadi pembunuh pacat yg berjaya. Kejamnya aku... ~~


antara pacat yg ku bunuh menggunakan garam

Dan setelah menyelesaikan ibadah fardhu, aku segera berbaring di khemah. Cuba melelapkan mata sambil berfikir apa yg akan berlaku pada hari esok. Dalam hatiku berdoa agar dipermudahkan perjalanan pulang pada esok pagi.

to be continued.......

Friday 20 May 2011

Pengalaman di hutan - day 1

Hari ni 20hb Mei, bermakna sudah seminggu aku keluar daripada hutan gunung ruil. Bagi sesiapa yang belum pernah mendengar tentang gunung ini, gunung ruil ini terletak di cameron highland dan merupakan laluan 'jungle trekking' daripada cameron ke gopeng perak.

Untuk mendaki gunung itu, perjalanan terlebih dahulu tertumpu di sebuah kampung yang diberi nama kampung sungai ruil. Kampung tersebut merupakan perkampungan orang asli. Walaupun perkampungan orang asli, tapi rata2 dari penduduk merupakan orang yang berpelajaran. Cara hidup mereka pun hampir sama dengan kehidupan bandar cuma yang membezakan adalah keadaan muka bumi dan bahasa pertuturan mereka yang lebih kepada bahasa asal pribumi, laju dan agak sukar difahami. Namun mereka mampu bertutur menggunakan bahasa yang standard dengan baik sekiranya disapa atau diajukan soalan oleh orang luar.

Kampung sungai ruil

Lebih kurang jam 2.30 petang, setelah diberikan taklimat ringkas oleh guide, kami pun memulakan perjalanan merentasi kampung sungai ruil. Laluan yang sempit dan berbukit ditambah lagi dengan beg yang besar dan berat menyukarkan perjalanan merentasi kampung tersebut. Terus terlintas di benak fikiranku, bagaimanalah penduduk di sini menjalani kehidupan seharian dengan jalan yg sebegitu curam. Dan bagaimana pula dengan ibu yang mengandung sekiranya mereka mahu keluar dari perkarangan rumah? Entahlah, memang tak dapat nak difikirkan keadaan mereka, namun mungkin sudah menjadi kebiasaan mereka. Alah bisa tegal biasa.

Setelah 15 minit berjalan, akhirnya kumpulan ekspedisi UiTM berjaya sampai di kaki gunung ruil dan di situlah perjalanan yg sebenar bermula. Laluan hutan yg awalnya luas kian menyempit dan perjalanan kami yg diawalnya beriringan akhirnya menjadi 1 barisan yg panjang. Sejam pertama merupakan detik yg paling memenatkan bagiku kerana mungkin disebabkan tiada persediaan kecergasan. Namun masuk jam kedua tubuh mula terbiasa dengan langkah dan gerak tubuh menyebabkan diri menjadi seakan bertenaga untuk meneruskan langkah.

Perjalanan diteruskan sampai ke puncak gunung dan sudah menjadi lumrah, bila naik, adalah turunnya. Perjalanan turun daripada gunung rui untuk ke kaki gunung di seberang yg juga merupakan campsite utk peserta berkhemah adalah satu perjalanan yg memeritkan. Setelah 2 jam berjalan menuruni gunung, masih tiada tanda2 akan sampai di campsite. Laluan seakan semakin memanjang ke bawah dan lutut semakin lama semakin lemah dan di satu masa lututku seakan menggeletar dek menahan tubuh daripada tergolek ke bawah. Peserta ekspedisi seakan berpecah menjadi kumpulan2 kecil. Yg laju semakin jauh ke depan dan yg lmbt semakin tertinggal di belakang. Namun mujurlah di setiap inci laluan terdapat tanda penunjuk arah kerana jika tidak, mungkin ramai yg akan tersesat di tengah2 belantara itu.

Apabila tubuh seakan mahu berputus asa, tiba2 ku terdengar bunyi deruan arus sungai yg menandakan campsite kian hampir di temui. Dengan berbekalkan hanya secebis tenaga sisa daripada perjalanan sebelumnya, aku menggagahkan diri untuk melangkah dan akhirnya aku berjaya sampai di campsite sekitar jam 7 malam. Kumpulanku merupakan kumpulan ketiga yg sampai di situ, kumpulan pertama berjaya sampai setengah jam lebih awal dariku dn kumpulan kedua sampai tidak lama selepas itu. Khemah didirikan sebagai persedian sekiranya hujan tiba2 datang mencurahkan isinya dan selepas itu barulah aku berpeluang utk merebahkan diri dan merehatkan kaki.

Sekitar jam 9 malam setelah aku menjamu selera, masih terdapat lebih kurang 10 orang yg belum tiba di campsite, namun ku tahu, mereka dalam keadaan yg baik kerana ada guide yg menemani mereka dan lebih kurang jam 12 tengah malam barulah baki peserta berjaya tiba di campsite. Aku melihat wajah peserta yg baru tiba cuma mampu tersenyum pahit, mungkin kerana kepenatan dek perjalanan yg panjang dan ditambah pula dengan kegelapan malam menyukarkan lagi perjalanan mereka.

Setelah selesai semuanya, aku pun segera ke khemah untuk tidur, kerana ku tahu perjalanan yg bakal ku tempuhi keesokannya tiada kurang hebatnya berbanding perjalananku sebentar tadi. Mataku dipejam dan perlahan-lahan, aku terlelap di dalam kedamaian hutan.

To be continued........

Monday 16 May 2011

Pengalaman di hutan

Hamba baru saja pulang daripada 1 ekspedisi yang amat memenatkan. pengalaman 3 hari di hutan tanpa bekalan elektrik cukup untuk mengajar hamba erti kehidupan.

Pelbagai pengalaman yang dapat hamba kumpul daripada aktiviti ini. Ada yang manis, tawar, masam dan ada juga yang seram. Insyaallah nanti hamba akan ceritakan semuanya.

Rindu kat blog, dan rindu nak mkn kenyang2.... hihihi... wassalam...

Tuesday 10 May 2011

Merdeka akhirnya

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga tempoh final exam di UiTM ni. Puas memang la puas, tapi perasaan takut tu tetap ada. Ye la, mana la tau banyak kesilapan tika menjawab, nauzubillah. Banyak hal yang terjadi sepanjang tempoh final exam ni, ada yang manis dan tidak kurang juga yang pahit.

Beberapa hari yang lepas, hamba kehilangan dompet yang paling hamba sayang. Dompet tu merupakan pemberian seseorang kepada hamba, huhu. Banyak benda-benda penting dalam tu; ic, lesen kad bank dan sebagainya. Mula-mula tu ingatkan salah letak, tapi setelah 1 rumah hamba geledah, berkali-kali dan berhari-berhari, akhirnya hamba yakin, dompet itu dicuri. Tapi syukur la pencuri itu tidak mengambil barang-barang lain seperti laptop, henpon dan lain-lain lagi. Lepas hamba sedar tu, terus la pegi balai polis buat report. Dalam hati tak abis-abis menyumpah si pencuri. haha.

Lebih teruk lagi, masa tengah kalut-kalut menggeledah rumah tu, hamba diserang 1 penyakit yang cukup aneh iaitu sakit gigi. Aneh dan menyakitkan. Sudah la pusat kesihatan UiTM pula tutup pada hari sabtu dan ahad, terpaksa la hamba tahan-tahan sakit gigi tu sampai hari isnin, sampai bengkak pipi ni dek menahan kesakitan. Selesai urusan di klinik barulah hamba pergi menguruskan hal-hal kehilangan tu. Lesen je belum buat lagi ni. Mungkin minggu depan hamba akan uruskan hal lesen tu.

Itu antara benda pahit yang berlaku pada diri hamba sepanjang minggu ni. Perkara manis pula, pada minggu lepas mak dengan abah datang melawat hamba. Lama betul tidak jumpa dengan diorang, akhirnya dapat juga bersalaman dan cium-cium pipi dorang. Tiada apa yang lebih menggembirakan hati selain melihat mereka sihat dan bahagia. Sekejap saja mereka di sini kerana tujuan asal kedatangan mereka adalah untuk menjemput kakak hamba yang turut belajar di sini tapi bukan 1 kampus dengan hamba. Kakak hamba itu belajar di kampus puncak alam manakala hamba di shah alam.

Insyaallah, esok hamba akan berangkat ke cameron highland kerana mengikuti 1 program universiti. Hamba akan berekspedisi dari cameron ke gopeng selama 5 hari. Doakan perjalanan hamba. Program yang memenatkan namun bakal menjadi 1001 kenangan dan pengalaman dalam hidup hamba.

P/S : selepas gigi hamba ditampal, doktor ada berpesan supaya kurangkan mengunyah benda keras, ini bermakna lepas ni hamba terpaksa menahan diri dari mengunyah 1 part ayam ni. Nak buat macamana, terpaksa la ikut cakap doktor. Part ayam apa ye? Klik di sini untuk tahu (link). Sori ye kak kiyah, hamba tumpang informasi dari blog akak sikit, mintak halal ye? =p

Monday 2 May 2011

Pelajar UiTM dibenarkan berpolitik?

Sebentar tadi hamba ada terdengar berita gempar yang mengatakan laman web UiTM terpampar logo UMNO dan BN beserta dengan lambang 1Malaysia yang dibangga-banggakan itu. Tapi tidak sampai 10 minit terus hilang tanpa kesan. Hamba pun mengetahui berita ini setelah membaca blog milo suam sebentar tadi. Ni dia gambar yang hamba perolehi dari blog beliau.



Mak ai... terang lagi bersuluh logo parti politik tu. Hamba bukannya apa, seandainya yang terpampang di situ adalah logo PAS atau PKR, alamatnya 2 minggu la berita ni tersiar di TV atau akhbar-akhbar 'tersohor' negara. Bukankah ada akta yang melarang sebarang kegiatan politik di universiti? Mana AUKU yang diagung-agungkan tu?

Mungkin ini adalah satu kesilapan (bersangka baik) daripada admin. Kalau tersilap, haruslah tampil untuk memohon maaf, bukankah kita semua hidup dalam satu masyarakat yang adil dan saksama? Tepuk dada, tanya imam. Wallahualam....

Saturday 30 April 2011

Politik 'longkang' Malaysia

Sakit hati, kecewa dan malu dengan cuaca politik Malaysia sekarang ni. Kerajaan seolah-olah terdesak untuk menjatuhkan DSAI walau dengan apa cara sekalipun. Setelah sumpah laknat saiful menemui kegagalan, kerajaan telah mengambil langkah yang sama. Kali ini dengan menggunakan Datuk Eskay sebagai buah catur untuk menjatuhkan 'kerajaan' DSAI.


Kesian ada, marah pun ada. Hamba tahu bahawa Datuk Eskay hanyalah 1 percaturan kerajaan. Tapi kenapa mahu menggunakan nama ALLAH? Tidakkah syariat islam menyatakan bahawa untuk mengaitkan seseorang itu melakukan zina, perlu dikemukan 4 orang saksi? yang ada sekarang ini cuma 1 video yang mana belum dibuktikan lagi kesahihannya. Muka pelakon tu pun kejap macam DSAI, kejap macam apek tua. Bagi hamba yang memang pro-pembangkang ni, dari awal lagi sudah dapat mengagak bahawa dalam video itu bukanlah DSAI, tapi cuma seorang pelakon yang disolek khas untuk kelihatan seperti DSAI.


Kes liwat DSAI akan diumumkan 16mei ini, tidak sabar rasanya untuk mengetahui keputusan kes itu. Biarlah rakyat tahu, siapa bersalah dan siapa tidak, kalau betullah DSAI dibuktikan bersalah nanti, tangkap dan kurunglah dia dalam penjara untuk selama-lamanya. Mungkin dengan cara itu, tiada lagi keldai yang akan dipergunakan untuk bersumpah dalam masjid semata-mata untuk kepentingan politik sebelah pihak sahaja.


Ramai blogger yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan kerana bertindak terlalu tidak matang untuk memperoleh 1 kemenangan. Mungkin 1 hari nanti rakyat akan sedar bahawa terlalu banyak kepincangan yang terdapat di dalam kerajaan sekarang ini.


Hamba cuma berharap dalang sebenar disebalik kejadian-kejadian ini dapat didedahkan. Dan kalau ditanya hala tuju negara lepas ini, hamba cuma boleh menjawab 'destinasi yang kurang elok'. 


Kebenaran akan tetap tiba, itu yang pasti...... Wallahualam.... 

Wednesday 27 April 2011

al-kisah 'hamba kerdil'

Entri kali ni nak review sikit pasal diri penulis atau lebih dikenali dengan 'hamba kerdil' ni. Err dah sebulan baru nak review? hish.... bukan apa, tengah asyik-asyik study, tiba-tiba terfikir kat blog. Cuba la online kejap. Kesian pula tengok blog ni, usang tak bermaya, tak ubah seperti melukut di tepi gantang, kehadiran tiada erti, kehilangan langsung tidak diingati.

gambar ni hamba terjumpa secara tidak sengaja di google image.
nampak cambest je, copy je la.. =)

Kenapa pilih nama 'HAMBA KERDIL'??? 
Mula-mula terfikir nak buat blog, hamba (cuba guna kata ganti nama baru, hehehe) lebih dahulu memerah otak untuk mencari nama samaran yang unik untuk kegunaan di blog, masa tinjau-tinjau blog orang banyak juga la terperasan kata ganti nama yang menarik seperti pendekar, anjang, mat dan sebagainya. Dan tidak kurang juga yang membahasakan diri dengan nama sebenar. Tapi kalau guna nama sebenar cam lembut pula nampak. Ala-ala nyah gitu. Tapi tu pendapat hamba la. Lain orang, lain pandangan, ye dak?

So fikir punya fikir, terlintas la nama 'hamba kerdil', cantik juga nama ni kan? So hamba try google nama hamba kerdil ni. Cantik....... tiada orang pakai lagi. So dengan bangganya, hamba pun membuka blog hamba sendiri dan diberi nama 'blogsangkerdil.blogspot.com'. Kenapa terlintas nama ni? Senang je, sebab mula-mula buat blog ni, hanya 1 je tujuan dalam kepala hamba ni; untuk berdakwah. Hamba kerdil tu sebagai simbol kerdilnya empunya jasad ni tatkala berada di dunia pinjaman Allah S.W.T.

Sampai sekarang hamba masih tercari-cari idea untuk memeriahkan blog. Mengikut pemerhatian hamba la, blog yang paling ramai pengikut adalah blog yang menghidangkan maklumat berbentuk fakta yang pelik, ganas dan susah tercapai dek akal. Bagi blogger yang cuma mempunyai komitmen di depan PC sepanjang hari, cara ini mungkin senang untuk dipraktikkan. Namun bagi hamba yang masih belajar dan mempunyai masa yang agak terhad ini, mungkin cuma ada 1 cara ; kumpul maklumat, online pastu 'muntahkan' ke dalam ruangan blog.

Kenapa kurang berbicara di blog??
Hamba sebenarnya sedang membuat persediaan untuk menghadapi final exam yang akan tiba tidak lama lagi. Justeru itu masa yang diperuntukkan untuk online terlalu terhad. Selalunya setelah penat study, hamba akan berhibernasi sekejap untuk merehatkan otak. Diulangi............ SEKEJAP.... hihi..

Insyaallah, hamba akan cuba mencari entri-entri yang bernas dan sesuai untuk bacaan semua golongan di samping menceritakan perihal diri hamba. Bukan apa, orang kena tahu juga kehidupan hamba sebagai penulis blog ni, tak gitu? gitu gitu.......

Ok.. masa untuk sambung study....
Doakan kejayaan hamba dalam menempuhi peperikasaan dan kehidupan yang mendatang....
Wassalam....
semoga kalian sentiasa di bawah lindungan Allah.. amin...

Sunday 24 April 2011

Sunway Pyramid ; lokasi unknown

Semalam ada kawan call, dia cakap hari ni nak ajak keluar pergi sunway pyramid. Aku yang segan nak mengaku yang aku tak tahu jalan ni bersetuju je lah. Ye, memang aku tak tahu jalan sebab aku ni bukan jenis yang kuat merayau. Hujung minggu cuma dihabiskan di rumah dan bilik aku je. Lagi dasyat daripada anak dara kot. hahaha. So pagi ni aku mulakan misi aku untuk mencari jalan menuju ke sunway pyramid. Nasib baik la ada google earth, tapi yang aku tengok dari google earth tu cuma gambaran secara kasar. Atas jalan nanti tak tahu la macammana. Seram sejuk pula rasa badan aku ni.

First final exam paper lagi 5 hari, dah la tak study 'sikit habuk' pun lagi ni. Kawan punya pasal, sanggup keluar tinggalkan buku. Bukan apa, yang ni kawan lama. Kawan masa diploma dulu, dah setahun tak jumpa, so bila ada peluang ni jumpa je lah. Kalau nak tunggu abis final takut semua cabut balik kampung pula, aku pun dah 4 bulan tak balik kampung. Last sekali aku balik masa cuti Tahun Baru Cina awal tahun dulu. UiTM ni betul-betul kedekut cuti la, appada punya UiTM. Rindu betul mahu salam dan cium tangan mak abah.

Ok lah, aku dah nak gerak ni. Nanti aku update apa yang patut dekat blog aku yang tak berapa nak femes ni. Lama sudah tak buat blogwalking, jadi semakin lama semakin kurang yang datang jenguk blog (entry seminggu sekali pun ada hati nak jadi femes, hehehe). Takpe lah, 1 hari nanti aku akan jadikan blog aku ni blog yang terfemes. Sebaris dengan amy search dan anuar zain. Fuyo....

Doakan hamba kerdil supaya selamat pergi dan pulang dari destinasi. Wassalam......

Thursday 21 April 2011

Ya Allah.. sesungguhnya aku adalah hak-Mu yang mutlak..

di saat manusia lain menghirup udara segar,
di saat manusia lain menikmati suasana pagi,
aku termenung sendirian di kamarku,
memikirkan bilakah akan tibanya saatku.

hati gelisah memikirkan dosa,
yang tak putus-putus berkunjung tiba,
betapa lalainya aku di sini,
lalai dalam menjalankan tugas dan amanah-Mu.

Ya Allah, Ya Tuhanku,
ampunilah dosa hambamu ini,
sesungguhnya aku cuma seorang hamba yang lemah,
selalu tergelincir dari landasan-Mu yang satu.

akan ku tunaikan amanah yang diberikan,
kerana ku tahu terciptanya aku dengan beribu sebab,
dan aku bersyukur dengan apa jua yang berlaku,
kerana sesungguhnya aku adalah hak-Mu yang mutlak.
  

Monday 18 April 2011

Beras pun kena tiru jugak?

Rasanya baru 2 minggu lepas kecoh pasal berita telur tiruan. Aku pun ada post juga di blog pasal itu. Dan yang terbaru sekarang ni, beras tiruan................ yup, memang tak asing lagi, makanan ruji penduduk Malaysia la tu kalau kome nak tahu. Tapi kejadian ini bukan berlaku kat sini, fuhh syukur..... Hai, apa nak jadi la dengan negara China ni. Memang la diorang terkenal dengan kuasa penciplak, tapi janganlah sampai meniru sampai memudaratkan manusia lain. Bagi aku boleh kalau diorang nak tiru, tapi diorang kena pastikan dulu yang produk mereka itu tidak memudaratkan orang lain.



Nak tahu apa kandungan beras ni? Bahan-bahan yang digunakan biasa je. Campuran ubi jalar, kentang dan PLASTIK!!!! Mak aih, perut siapa yang agak-agak boleh telan plastik? Cuba angkat tangan sikit aku nak tengok. Bahan-bahan ini kemudiannya dibentuk menjadi butilan beras dan dicampur dengan resin sintetik (jangan tanya aku benda apa tu kerana aku pun jahil as same as u do). Dan menurut kajian, sesiapa yang makan 3 pinggan nasi hasil tanakan daripada beras ini samalah juga seperti dia menelan 1 beg plastik. That is very ridiculous things to eat. Sesiapa yang nak cuba uji daya kekuatan metabolisme perut diorang boleh la cuba makan nasi daripada beras tiruan ni. hahaha...

Macam-macam ragam manusia sekarang ini, yang jelasnya semua tindakan mereka itu hanyalah mempunyai satu sebab ; untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Bukan setakat telur dengan beras je yang diorang pernah tiru, bagi sesiapa yang masih ingat, dulu China juga pernah meniru susu. Err tapi bukan meniru sebenarnya, ianya lebih kepada campuran kimia untuk menambahkan lagi isi kandungan susu. Contohnya daripada sebotol, mereka mampu menjadikannya kepada 5 botol. Memang untung tahap gaban la diorang ni kalau macam tu cara diorang berniaga.

Tapi tak kisah la, apa-apa pun Malaysia masih lagi bersih daripada beras tiruan ini. Janganlah pula setelah menbaca ruangan ini semua jadi takut nak makan nasi, nanti kurang tenaga pula tubuh tu. Yang penting, setiap kali sebelum makan bacalah doa, tak pun baca bismillah. Bukan apa, supaya makanan tu jadi berkat, bila berkat baru la jasad jadi tak liat nak beribadat. Tak gitu?

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Sunday 17 April 2011

Kemenangan yang dijangka

Selesai sudah pilihanraya di Sarawak dan seperti yang dijangkakan oleh pihak media, parti BN telah menang besar dalam pilihanraya Sarawak kali ini dengan majoriti 2/3. Tahniah diucapkan kepada jentera-jentera BN yang tidak jemu-jemu berkempen dalam memastikan perjuangan bangsa mereka itu terus utuh dihati penduduk Sarawak.

Keputusan pilihanraya di Sarawak. (dipetik daripada laman ini)


BN telah berjaya memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. 1 kemenangan yang boleh dikatakan agak dasyat. Parti lain sekadar makan asap je di belakang parti kerajaan itu dan semestinya, pihak media selepas ini akan terus menerus mengagungkan parti kesayangan mereka itu. "kita menang sebab rakyat percaya dekat kita", "kita akan terus memajukan Sarawak", antara dialog yang akan kita dengar dalam TV hari ini. hahaha.

Tapi harus diingat, PRU ke-13 semakin hampir. Walaupun tarikh PRU ke-13 belum diumumkan, namun aku yakin semua jentera parti tengah bertungkus lumus memikirkan cara untuk menguatkan lagi kekuatan kempen masing-masing. Dan apa yang pasti, PRU kali ini aku telah cukup umur untuk mengundi dan itu bermaksud 1 parti akan bertambah 1 undi, err 1 undi je ke? Yang lain-lain mana? Sama-samalah kita menunggu PRU ke-13 nanti. Wassalam....

Friday 15 April 2011

Syukur

Alhamdulillah, selesai sudah minggu kuliah untuk semester ni... Fuh.. penat memang penat, tapi apa boleh buat, nama pun student, memang adat seorang pelajar ialah untuk belajar dan belajar. Minggu kuliah sudah habis, itu bermakna lepas ni tiada kelas lagi, boleh la nak tidur lama-lama. Masyaallah buruk perangai.. hehehe.

Masuk hari ni dah 5 hari aku tak post apa-apa kat blog aku ni. Banyak benda yang nak ditulis di sini sebenarnya, tapi apakan daya, terlalu busy dengan assignments dan test sampaikan tiada masa untuk mengarang di laman sendiri. Lepas ni study week, so mungkin aku dapat menggunakan masa ini untuk menjenguk blog juga. Ye lah, asyik study je, boring juga. Untuk hilangkan stress, baik kita mengarang sambil menjenguk-jenguk blog teman-teman, betul tak?

Aku teringin untuk menyentuh pasal isu semasa yang begitu hangat di perkatakan sekarang ini. Pasal apa ya? apa lagi kalau bukan isu pilihanraya di Sarawak. Panas memang panas, TV dengan cara TVnya, akhbar dengan cara akhbarnya. Yang pasti, semua menghentam pembangkang. Kesian ada, kelakar pun ada. Kenapa? Sebab pembangkang seolah-olah menyertai satu pertandingan bola sepak di mana pengadil, penjaga garisan, pengulas dan penyokong yang menonton semuanya sudah di beli oleh pihak lawan. Memang tipis harapan untuk menang, namun perjuangan harus diteruskan.

Terus rasa bersemangat kalau bercakap pasal politik ini, hahaha.. aku akan menyentuh isu ini dengan lebih lanjut selepas ini, buat masa ini aku mahu berehat dulu. Berehat sebentar sebelum kembali semula ke alam 'ilmu'. Barakallahulfik wannajah. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah.

Sunday 10 April 2011

Alahai Sekolahku....

Belum habis lagi dengan kes pelajar dipukul oleh cikgu, timbul pula kes seorang pelajar perempuan tingkatan 2 menumbuk muka gurunya sehingga patah hidung. Dan yang terbaru, pergaduhan antara pelajar yang bertempat di Sek. Men. Keb. Agama Durian Guling. Apa la nak jadi dengan bakal pemimpin negara sekarang ni, kalau hendak bergaduh pun tunggulah besar sikit, ambik calon jadi wakil rakyat dan bergaduhlah untuk memajukan agama, bangsa dan negara dalam dewan rakyat mahupun dewan parlimen. Bukankah lagi elok kalau begitu?

Aku masih lagi belum mengetahui maklumat lanjut mengenai pergaduhan itu kerana cuma membaca ringkasan berita mengenainya di Kosmo Online. Sejak zaman persekolahanku di situ lagi, memang ramai budak-budak samseng yang sering bertumbuk dan tidak kurang juga yang membawa geng mereka untuk menyerang samseng sekolahku. Nama je sekolah agama, tapi yang ganas tu ganas la juga, namun keganasan tu kurang terserlah kerana bersongkok. Nampak alim je semua kalau tengok secara kasar.

Kejadian yang belaku 3 hari lepas itu mungkin sudah melampaui batas kerana jika tidak, masakan berita pergaduhan tersebut boleh sampai kepada pengetahuan pihak media. Seingat aku, pergaduhan yang berlaku sewaktu zaman persekolahanku dulu pun tidak kurang hebatnya namun tidak pernah pun mendengar berita mengenainya di tv ataupun akhbar. Apa la nak jadi dengan sekolah aku ni ya.


Wan Nur Azri Wan Mohamad, 17 tahun.

Mangsa dikatakan dipukul oleh geng dari sekolah lain dan menurut berita, sekolah itu cuma selang 2 kilometer sahaja dari sekolahku itu. Aku dengan pantas dapat meneka sekolah itu dan bagi sesiapa yang tidak tahu, cuba la tinjau-tinjau menerusi google earth, mungkin akan nampak sekolah yang aku maksudkan itu. Mangsa dikatakan dipukul gara-gara dendam seorang pelajar daripada sekolah berdekatan itu. Dendam jika hendak diselesaikan menerusi pergaduhan tidak akan ke mana juga, perbuatan itu cuma akan menambahkan lagi parah dendam itu.

Nasihatku cuma 1, bersabarlah... kerana sabar itulah yang membuktikan diri ini kuat dan perkasa. Beradu tenaga dan kekuatan tumbukan cuma akan mendedahkan lagi kelemahan diri, lemah dalam mengawal nafsu amarah yang lama kelamaan akan memakan diri dan memusnahkan iman. Nauzubillah.....

Friday 8 April 2011

Telur tiruan

Sekarang ni kecoh di dada-dada akhbar dan di tv mengenai telur tiruan yang memenuhi pasaran negara kita. Hebat juga manusia ni rupanya, mampu meniru ciptaan Tuhan dengan begitu baik sekali. Betul ke?? Tentu sekali tidak, manusia cuma mampu meniru apa yang dapat mereka mampu lihat dengan mata kepala dan akal yang sejengkal mereka itu. Rupa telur tiruan ini memang diakui mempunyai banyak persamaan jika dibandingkan yang asli, namun sifat-sifatnya mempunyai banyak perbezaan.

Sebelum telur itu dipegang, akal akan menafsirkan bahawa telur itu merupakan telur yang asli. Namun setelah disentuh dan diamati, perbezaannya akan terungkai satu persatu. Tetapi bagi sesetengah orang yang tidak mengetahui akan kewujudan telur tiruan ini, mereka akan menerima bulat-bulat tafsiran akal mereka itu. Kulit telur tiruan itu dikatakan rapuh berbanding telur yang sebenar. Apabila telur itu dipecahkan, kedua-dua telur kuning dan telur putih akan segera bercampur kerana ianya diperbuat dari bahan yang sama.

Apabila direbus, telur tiruan ini akan memenuhi ruang cengkerang telur dan ini berbeza dengan telur asli di mana apabila direbus, telur asli akan meninggalkan satu ruang kosong seperti ruang udara. Tetapi kalau dibandingkan dari segi rasa, telur tiruan mempunyai rasa yang lebih sedap dan enak berbanding telur yang asli. Namun begitu, khasiat telur asli cuma dapat dicipta oleh Tuhan yang Maha Pencipta sahaja. Telur tiruan mempunyai banyak kesan sampingan dan dikatakan akan menjadi racun kepada tubuh jika dimakan secara berterusan.

 
Perbezaan sifat di antara telur tiruan dan telur asli



Perbezaan dari segi rupa


Walau sehebat manapun ciptaan manusia, langsung tiada tandingan jika dibandingkan dengan ciptaan Allah yang merupakan sebaik-baik Pencipta. Berhati-hatilah ketika membeli telur di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya kerana dikhuatiri akan terbeli telur tiruan. Wallahu'alam.......

Wednesday 6 April 2011

Berdakwah dalam filem

Bagaikan menjadi 1 trend, begitu ramai pengarah-pengarah dan penerbit-penerbit filem sekarang ini yang menerbitkan filem yang berunsur dakwah. Itupun belum dicampurkan lagi dengan slot cerekarama di tv3 yang sentiasa menyiarkan cerita berunsur dakwah setiap malam ahad. Aku sendiri pun baru selesai menonton 1 movie yang bertajuk 'aku masih dara' di laptop usang aku ni.

"filem ni bermotifkan dakwah, tapi pakaian pelakon-pelakonnya, Masyaallah..... betul ke ni filem dakwah?", fikirku sejenak.



Memandangkan semua orang pada zaman sekarang seperti bertuhankan televisyen, aku berpendapat berdakwah menerusi filem merupakan cara yang paling ideal bagi memastikan ramai yang 'terdakwah' secara tidak langsung ketika menonton. Namun begitu, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara. Tambahan pula dengan perlakuan-perlakuan serta dialog-dialog pelakonnya yang seakan-akan menghina agama Islam.

Tapi itu cuma sekadar pendapat, mungkin bagi sesetengah orang perkara-perkara ini dianggap biasa. Namun harus diingat, dosa tetap dosa, walaupun ketika berdakwah. Malaikat yang diberi nama Rakib dan Atid itu tidak pernah sesekali lalai dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

(walaupun menonton sebelah mata, tetapi tetap mengutip dosa melihat aurat-aurat wanita.. Astaghfirullah hal 'azim)

Tuesday 5 April 2011

Aku dan golf - part 1

Alhamdulillah.. hari ni dapat juga aku merasa sukan yang diberi nama golf ni. Memang aku akui, sukan ini agak mencabar, lebih-lebih lagi untuk orang yang tiada basic dalam sukan golf macam aku ni. Mula-mula tu takut juga, ye lah sebab nampak semua yang ada kat situ macam otai je. Tapi takut tu tolak tepi dulu, yang penting aku dapat main, hehehe.

tangan aku, kayu golf (pinjam dari kawan) dan bola golf.

Tadi tu percubaan aku yang pertama, jadi tak banyak yang aku dapat cerita. Cuma yang aku tahu, golf ni 1 sukan yang agak menarik. Walaupun tak banyak buat pergerakan, namun boleh dikatakan basah juga la baju dengan peluh. Eh, lupa nak bagitahu, tadi tu aku cuma main kat golf driving range je, so takde lagi la yang pukul masuk lubang tu. hihihi.

Caj yang dikenakan untuk main kat situ murah je, 5 ringgit untuk 50 biji bola. Kalau kat tempat lain aku tak tahu la, lebih kurang je kot. Masalahnya tentang sukan golf ni, kayu dia tu mahal. So bagi sesiapa yang hendak menceburi sukan golf ni perlulah mempunyai komitmen yang tinggi, kalau tak membazir je beli kayu golf mahal-mahal.

~tak salah menikmati dunia asalkan akhirat jangan diketepikan~

Sunday 3 April 2011

Uptown Shah Alam

Fuhhh!! Baru saja balik dari mencuci mata di Uptown Shah Alam. Penat tidak terkata namun tak mengapa, asal puas dan dapat lepaskan stress otak yang tiap-tiap hari bekerja keras. Selepas maghrib tadi, ingat mahu berehat sahaja di bilik sambil membaca blog ataupun melayan movie. Namun plan asal itu berubah setelah mendapat kunjungan dari sahabat @ classmateku selepas isyak tadi.

"jom pegi jalan-jalan kat uptown?", ujarnya.

"aku ikut je, kawan-kawan yang lain macamana?", soalku dengan penuh harapan.

"kalau ko pegi, semua akan ikut tu... hahahaha", balas sahabatku disusuli gelak tawa darinya.

"ok, kalau camtu ko suruh la yang lain bersiap dulu, aku pun nak bersiap jgk ni", jawabku slumber dan selepas itu aku pun terus bersiap.


Uptown Shah Alam

Sudah lama sebenarnya aku tidak berkunjung ke Uptown Shah Alam, mungkin sebab terlalu busy dengan assignment dan urusan-urusan lain. Tidak banyak yang berubah di sana, masih juga seperti dulu. Yang ada pasangan akan jalan-jalan dengan pasangan, selebihnya datang bersama kawan-kawan ataupun dengan family. Sempat juga aku mendengar nyanyian 'kembar ziana zain' tadi di pentas karaoke di sana. Bagi yang ingin tahu siapa 'kembar ziana zain' itu, cuba 'google' sikit, mesti ada tu maklumat pasal dia.

Aku sempat membeli sehelai seluar 'trek' bagi tujuan berjogging dan beriadah, mungkin ramai yang tidak tahu aku ni sebenarnya suka berjogging. Tapi yang aku pelik, makin hari perutku ini makin ke depan. Tidak mengapalah, asalkan sihat tubuh badan pun dah kira syukur.

Selepas itu, aku dan kawan-kawanku duduk sekejap di 1 kedai makan untuk melepaskan lelah sambil menikmati sedikit minuman bagi menghilangkan penat. Sempat juga la aku menikmati beberapa batang steamboat yang dijual di situ. Lazat dan mengenyangkan. hehehe.

Selepas lebih kurang setengah jam kami di kedai tu, akhirnya semua sepakat untuk pulang ke rumah. 2 minggu lagi adalah musim final exam, jadi selepas ni memang tiada lagi masa untuk bersenang-lenang seperti malam ni. Jihad perlu diteruskan. Walaupun hanya sekadar jihad dalam menuntut ilmu.

Tusbih 'ala al-khayr wa barakallahulfik.

Saturday 2 April 2011

Poco-poco hanya haram di Perak?

Siapa yang membaca harian metro edisi semalam (1 April 2011) tentu ada terbaca 1 artikel yang menyiarkan mengenai pandangan Dr. Mashitah tentang hukum tarian poco-poco di Malaysia. Sejujurnya pada pendapat aku, Dr. Mahitah sudah hilang ketelusan dalam mengeluarkan pendapat setelah menyertai politik Malaysia. Dulu Dr. seorang yang disegani dan kerap menjadi rujukan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan yang berkaitan dengan agama. Apa yang terjadi sekarang seolah-olah Dr. seperti cuba hendak mengusutkan minda rakyat Malaysia dengan pandangan-pandangannya mengenai hukum-hakam agama.

Pada 28 Mac lalu aku pernah menulis tentang fatwa pengharaman poco-poco oleh mufti perak dan aku beranggapan semua rakyat Malaysia akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Yelah, mufti yang keluarkan fatwa kan? bukannya orang sebarangan. Namun aku terkejut sebab yang menyangkal fatwa mufti perak ini adalah insan yang turut berada dalam bidang agama. Menurut Dr. Mashitah, pengharaman poco-poco hanya berkuatkuasa di Perak dan tidak melibatkan negeri-negeri lain. Eh? boleh ek camtu??


Dr. Mashitah Ibrahim

"Ia hanya berkuat kuasa di Perak sahaja kerana ia bukan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaaan. Saya rasa tidak perlu membingcangkan tentang perkara ini kerana isu ini bersifat kenegerian, mungkin terdapat keperluan yang menyebabkan Mufti Perak membincangkan isu berkenaan dalam jawatankuasa Fatwa Negeri Perak", katanya dalam 1 sidang media.

Menurut Dr. Mashitah lagi, tarian poco-poco ini merupakan 1 kaedah senaman yang unik kerana ia menarik dan sesuai untuk semua golongan. Tapi betulkah begitu? Bagiku yang haram tetap haram, janganlah kita cuba mempertahankan sesuatu benda yang haram kerana ia cuma akan menampakkan kejahilan diri sendiri.

Mashitah oo mashitah.....

Friday 1 April 2011

April Fool.......

Setiap kali tibanya 1 April, semua orang akan mencari idea untuk mengenakan kawan-kawan mereka. Ada usikan yang lembut dan tidak kurang juga usikan yang membawa kepada pergaduhan dan akhirnya bermusuh-musuhan. Aku dari dulu lagi anti April Fool ni sebab memang kalau difikirkan berdosa bagi kita untuk main-mainkan perasaan orang lain. Lihat sajalah di FB nanti berapa ramai yang membuat status disebabkan terkena atau telah berjaya meng'aprilfool'kan orang lain. Tak tahu lah apa nak jadi dengan masyarakat sekarang ni, mungkin berpunca dari terlebih didikan oleh cikgu barat kot.. hish.....

Masih ramai yang tidak tahu asal-usul sambutan April Fool ini. Apa yang kita tahu, surf internet and then search macamana cara-cara paling 'bernas' untuk prank kawan. Sebenarnya kejadian April Fool pertama yang berlaku adalah di Sepanyol dan perayaan ini disambut adalah untuk meraikan kejatuhan kerajaan Islam di sana. Islam telah lama bertapak di Sepanyol atau dulunya dikenali sebagai Andalus. Kerajaan Islam pada masa itu rebah dek kejahatan tentera-tentera kristian dan ramai orang Islam yang ketakutan lantas bersembunyi ketakutan.

Tentera kristian ini kemudiannya memikirkan 1 cara untuk memaksa orang Islam keluar dari tempat persembunyiannya. Mereka membuat khabar angin kononnya orang Islam diberi peluang untuk hidup dan mereka akan memberi sebuah kapal kepada orang Islam untuk berhijrah keluar dari Sepanyol. Orang Islam yang ketakutan pada ketika itu akhirnya menerima tawaran tentera kristian itu dan keluar menuju ke pelabuhan berserta dengan kelengkapan keperluan masing-masing tanpa memikirkan jerat yang sudah terpasang.

Kegembiraan orang Islam tidak berpanjangan kerana selepas itu tentera kristian telah mengambil langkah untuk membakar kapal itu dan pada masa yang sama, rumah-rumah mereka turut dibakar. Tentera-tentera kristian akhirnya membunuh semua orang Islam yang berada di pelabuhan ketika itu dan mereka bersorak gembira kerana telah dapat memperbodohkan orang Islam. Dan tahukah anda semua bila kejadian ini berlaku???

Peristiwa berdarah ini berlaku pada tanggal 1 April dan setiap tahun, orang-orang kristian di Sepanyol akan menyambut tarikh ini sebagai 1 perayaan dan akhirnya telah menjadi 1 budaya besar bagi kaum manusia di seluruh dunia. Orang kristian menyambut perayaan ini sebagai kemenangan mereka menipu dan membunuh orang Islam, tapi kita pula macamana? merayakan sebab seronok? Insaflah wahai saudara seislamku sekalian. Janganlah membuat 1 tingkah laku itu tanpa memikirkan sebab dan akibatnya. Dan akhir kata dariku, janganlah kita menyambut perayaan April Fool ini kerana jelas ternyata yang perayaan ini disambut hanyalah untuk menghina warga Islam. Sekian.......

~~hmm got 2 test more to go, wish me luck! =)~~

Tuesday 29 March 2011

Minggu yang 'busy'

Minggu ini sahaja aku mempunyai 4 test, alahai sikitnya....... hehehe. Bosan mengadap buku, aku on laptop di hadapan aku ni, mencari-cari entry yang menarik untuk diletakkan dalam blogku yang berusia setahun jagung ini. Web demi web ku jelajah, belum ada lagi yang berkenan di hati. baru hari ni aku tahu, rupanya susah juga untuk menjadi seorang 'blogger' ni. Aku terfikir, macamana 'blogger' lain mencari idea untuk blog-blog mereka. Mungkin sebab mereka suka membaca kot. Aku? Hish.... ~~

Pada asalnya aku ingin membuat blog ini adalah untuk diriku sendiri, menceritakan perihal kehidupanku. Namun setelah meneliti blog-blog orang lain, aku rasa tertarik untuk merahsiakan identitiku buat sementara waktu. Iya, aku seorang manusia biasa, ada kelebihan dan sudah tentu banyak kekurangannya. Aku seorang lelaki, berumur 23 tahun dan sedang menuntut di UiTM kampus Shah Alam. Insyaallah aku akan menamatkan sesi pembelajaranku ini tidak lama lagi. Amin.....

Hobiku dari dulu lagi adalah membaca blog sambil mendengar lagu, kadang-kadang aku mengikuti blog-blog berunsur politik, penat dengan politik aku cuba akan membaca blog yang berkaitan dengan agama namun tidak kurang jugak blog yang berkaitan dengan hiburan. Diriku ini insan biasa, tidak lebih dan tidak kurang jika dibandingkan dengan insan lain. Pernah 1 hari, aku terdengar berita pasal kematian seorang blogger dari Terengganu. Blognya diberi nama nafastari dan bagiku, nukilannya begitu halus dan tersusun. Aku mengambil masa 1 hari untuk membaca semua post yang ada di blognya dan aku akui, aku mula berminat untuk ber'blog'ing disebabkan aku terpikat gaya tulisan arwah. Isterinya juga mempunyai blog, 'mawar nafastari'

Aku masih lagi berasa hiba tatkala membaca blog isterinya kerana aku tahu, isteri arwah sedang dilanda kesedihan yang maha dasyat, kehilangan orang yang paling disayangi dan dicintai dalam tempoh awal perkahwinan. Arwah meninggal selepas isterinya melahirkan anak kedua. Tiada rezeki baginya untuk melihat anaknya membesar, namun rahsia Allah begitu luas. Ada hikmah bagi setiap perkara yang berlaku.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk arwah.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Monday 28 March 2011

Hukum tarian poco-poco

Hari ni terbaca kat 1 laman sosial yang mengatakan tarian poco-poco telah diharamkan oleh mufti Perak. Ya, penulis dapat merasakan rasionalnya sebab tarian ini kebiasaannya dilakukan secara beramai-ramai dan bercampur antara lelaki dan perempuan. Namun begitu sebab pengharamannya bukanlah disebabkan oleh faktor itu sahaja, tarian ini dikatakan mempunyai unsur-unsur agama dan juga merupakan salah 1 bentuk pemujaan roh. Menurut kajian, 'tarian poco-poco' ini sering dilakukan di negara Jamaica dan bercirikan agama kristian.

Di Malaysia, tarian ini diibaratkan sebagai 1 kewajipan dalam mengisi slot-slot kursus tidak kiralah kem motivasi, kem kepimpinan dan sebagainya. Dan penulis mengaku, diri ini juga banyak kali mengikuti aktiviti tarian ini ketika menyertai kem-kem yang disertai kerana kejahilan diri sendiri dan juga kerana patuh kepada tentatif program tanpa memikirkan hukum hakam sesuatu perlakuan yang dilakukan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda,
       "barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka akan termasuk dalam golongan 
         kaum tersebut"


Berikut merupakan surat yang ditulis oleh Jabatan mufti negeri Perak.

                                                               (credit to oh! Tidak)

Berpesan-pesan dengan kesabaran, dan berpesan-pesan dengan kebenaran.
Wallahu'alam.......

Friday 25 March 2011

Sebuah Pertemuan


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan 

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan 

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan 

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan 

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi 

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan


Thursday 24 March 2011

Anwarkah itu?

Belum habis lagi dengan kes yang lama, dah timbul kes yang baru. Kepada yang gemar menonton televisyen khususnya segmen berita, tentu sudah muak dengan topik utama berita dalam 2 3 hari ni. "video lucah seorang ahli politik". Kali pertama penulis mendengar berita pasal ni, terus terlintas nama Anwar Ibrahim. Dulu pernah dengar kawan cakap, cara yang paling mudah untuk menjatuhkan ahli politik di Malaysia adalah dengan membabitkannya dengan skandal seks. Kesannya? Terus merudum la si politician malang itu.

Ok, berbalik kepada topik asal, sekarang ini semua orang tertanya-tanya tentang kesahihan video lucah yang digembar-gemburkan itu. Anwarkah itu? Eh? bukan Anwar cuma suka kat lelaki ke? Eh, Eh Eh.....?? Jawapannya ialah.......... thats absolutely not true. Baru sekejap tadi penulis menjelajah blog demi blog, web demi web dan facebook demi facebook. And I can strongly answer that Datuk seri Anwar Ibrahim is not guilty in this case. Why? Sebab penulis ada terdengar pengakuan bersumpah dari ahli parlimen Sungai Petani iaitu YB Dato' Johari Abdul yang mengatakan bahawa individu di dalam rakaman video itu bukanlah Datuk seri Anwar.

Beliau mendakwa sepanjang rakaman itu, tidak ada 1 saat pun kamera itu menunjukkan muka si 'pelakon' itu dengan tepat, yang ada cumalah 'glimp' iaitu gambaran secara sekilas pandang dan beliau mengaku, gambaran yang diperlihatkan oleh rakaman itu ialah Datuk seri Anwar. Namun setelah sesi 'lakonan' selesai dan 'pelakon' itu bangun, jelas yang kelihatan bukanlah susuk tubuh Datuk seri Anwar. Ada 4 perkara yang membuktikan individu itu bukan Datuk seri Anwar, 
  1. 'pelakon' itu berperut boroi.
  2. saiz bahu yang besar.
  3. bentuk punggung yang besar.
  4. warna kulit.
Dan menurut beliau lagi, semua yang disenaraikan itu berbeza dengan Datuk seri Anwar yang dikenalinya dan beliau mengatakan rakaman video itu jelas menunjukkan yang 'Malaysia' sekali lagi berusaha untuk menjatuhkan Datuk seri Anwar.

Pengakuan YB Dato' Johari Abdul

Sekadar menyuarakan pendapat, Wallahu'alam....

Monday 21 March 2011

Haiwan bumi

Di antara tanda-tanda besar kiamat ialah keluarnya haiwan dari perut bumi dan haiwan ini dikenali sebagai haiwan bumi atau dalam bahasa arabnya berbunyi Dabbatul Ardhi. Digambarkan bahawa Dabbatul Ardhi ini adalah binatang yang tersangat besar, mempunyai bulu yang panjang, berbulu roma halus dan pendek dan mempunyai beberapa kaki.


Firman Allah :
“Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang  dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakinin ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. 
                    (An Naml: 82)

Antara sebab-sebab haiwan ini dikeluarkan adalah untuk memberitahu kepada manusia bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap ayat-ayat Allah. Haiwan tersebut juga akan memberi tanda pada muka orang mukmin sehingga ia menjadi terang bercahaya dan binatang tersebut akan berjalan di muka bumi yang tidak dapat dikejar oleh siapapun serta tidak seorangpun yang dapat melarikan diri darinya, bahkan apabila ada seseorang berselindung darinya dengan melakukan solat, maka Dabbatul Ardhi akan datang dari belakangnya dengan berkata: “Hai si fulan, mengapa baru sekarang kamu solat?” Lalu ia memberi tanda pada mukanya dan pergi.

Rasulullah bersabda:
“Binatang bumi itu akan keluar dengan membawa Tongkat Musa dan Cincin Sulaiman, maka ia akan membuat tanda pada hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat wajah orang Mu’min terang dengan cincin, sehingga degan demikian apabila telah berkumpul beberapa orang-orang yang makan di suatu meja hidangan, maka salah seorang dari mereka akan berkata: “Makanlah ini wahai orang Mu’min” dan “makanlah ini wahai orang kafir.”
(Riwayat Abu Dawud Ath Thayalisi, Ahmad dan Ibn Majah, semua riwayat tersebut berasal dari Hammad bin Salamah dari Abi Hurairah)

Wallahua'alam.......

Friday 18 March 2011

Dunia adalah negeri yang hina

"sayangkan olehmu akan dirimu, dan jangan kau jualkan akhirat dengan duniamu, kerana dunia itu negeri yang hina lagi fana' dan akhirat itu negeri yang amat mulia lagi baqa'. Telah di sebutkan kepadamu, bermulanya dunia itu ialah dengan keburukan dan kebusukan, dan yang menuntut dunia itu ialah anjing, dan janganlah engkau menjadi seperti anjing"
                                                                               (petikan daripada ceramah Ust. Azhar Idrus yang  
                                                                                bertajuk 'negeri dunia adalah hina')

Mungkin bagi sesetengah individu, ceramah-ceramah Ust. Azhar agak kasar bunyi dan susun katanya. Tapi bagi penulis, cara al-fadhil ustaz cukup efektif dan berkesan sekali. Kata Ustaz lagi, kalau hendak membentuk satu keris yang cantik, tajam lagi berkualiti, api yang di gunakan perlulah betul-betul panas dan ketukan-ketukan yang dilakukan perlu betul-betul padu. Jika di ketuk dengan malas, dan api yang digunakan tidak cukup panas, alamatnya yang terhasil hanyalah parang kontot yang langsung tidak berguna.

Apabila bercakap tentang kematian, semua orang akan menjadi gelabah dan tidak tentu arah. "Sikit-sikit nak cakap pasal mati, macam takde topik lain je kau ni", itulah respon semua orang apabila diajukan perihal persediaan tentang kematian. Jadilah benarlah kata-kata ustaz azhar bahawa apabila akhirat digadai, yang tinggal hanyalah kehidupan dunia yang penuh dengan kelalaian.  Tidak salah bagi kita untuk mengejar dunia, Allah S.W.T. sendiri telah berpesan kepada hambanya supaya mencari rezeki seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi. Jelas sekali bahawa manusia dituntut untuk mencari rezeki, namun yang menjadi kesilapan rata-rata manusia pada masa kini ialah majoritinya terpesona dengan 'lenggokan' dan 'godaan' makhluk yang bernama 'dunia' sampai tersesat dari landasan jalan yang sebenar.

Sungguh, begitu kuat sekali godaan dunia terhadap makhluk bernama manusia. Tanah, rumah, kereta, pangkat, jawatan, dan sebagainya itu hanyalah sekadar umpan, namun tarikannya begitu kuat sehinggakan ramai yang tersungkur di dalam perangkap dunia ini. Hanya manusia yang berilmu sahaja akan dapat membezakan hal-hal duniawi dan ukhrawi, mengejar dunia dan pada masa yang sama, mengumpul bekalan untuk di bawa ke negeri akhirat yang abadi dan mereka merupakan golongan-golongan yang beruntung. Semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua daripada hukuman Allah di dunia dan akhirat seterusnya melayakkan kita untuk mendapat mardatillah dan keampunan-Nya. Amin.

Dunia itu boleh diibaratkan sebagai penjara bagi seorang yang benar-benar beriman, dan juga tempat untuk "menanam" amalan, dan akhirat merupakan tempat untuk "menuai" amalan tersebut. Jika banyak yang ditanam, banyaklah hasilnya dan begitulah sebaliknya. Wallahualam....

Wednesday 16 March 2011

Tsunami - Amaran dari Tuhan

Untuk entri pertama blog ini, penulis terpanggil untuk berbicara tentang bencana alam yang menimpa negara matahari terbit baru-baru ini. Bencana yang menimpa Jepun baru-baru ini betul-betul telah menggemparkan satu pelusuk dunia dan difahamkan bahawa sebelum berlakunya tsunami, dunia dikejutkan dengan beberapa gempa yang tidak kurang dasyatnya, nauzubillah. Penulis bersyukur kerana negara kita ini tidak pernah dilanda gempa, namun kita tidak tidak seharusnya berlapang dada kerana Allah itu mempunyai pelbagai cara untuk menguji hamba-hambanya. Yang pasti, kesabaran itu harus disematkan sedalam-dalamnya di dalam jiwa kerana kemenangan itu hanyalah untuk insan yang penyabar.

Antara gambar-gambar tsunami baru-baru ini :













Penulis difahamkan walaupun negara itu dilanda musibah, namun penduduknya tetap tenang menghadapinya. Jelas dapat dilihat daripada gambar-gambar di bawah ini mereka dengan sabar beratur untuk mendapat bantuan makanan walaupun terpaksa beratur dengan panjang. Betullah kata orang, penduduk Jepun merupakan manusia yang paling berdisiplin di atas dunia ini.






Penulis terfikir, kalaulah bencana ini berlaku di Malaysia, dapatkah kita menjadi setabah mereka? Nauzubillah, jauhkanlah kami daripada segala malapetaka-Mu.

Sebagai renungan bersama......