"sayangkan olehmu akan dirimu, dan jangan kau jualkan akhirat dengan duniamu, kerana dunia itu negeri yang hina lagi fana' dan akhirat itu negeri yang amat mulia lagi baqa'. Telah di sebutkan kepadamu, bermulanya dunia itu ialah dengan keburukan dan kebusukan, dan yang menuntut dunia itu ialah anjing, dan janganlah engkau menjadi seperti anjing"
(petikan daripada ceramah Ust. Azhar Idrus yang
bertajuk 'negeri dunia adalah hina')
Mungkin bagi sesetengah individu, ceramah-ceramah Ust. Azhar agak kasar bunyi dan susun katanya. Tapi bagi penulis, cara al-fadhil ustaz cukup efektif dan berkesan sekali. Kata Ustaz lagi, kalau hendak membentuk satu keris yang cantik, tajam lagi berkualiti, api yang di gunakan perlulah betul-betul panas dan ketukan-ketukan yang dilakukan perlu betul-betul padu. Jika di ketuk dengan malas, dan api yang digunakan tidak cukup panas, alamatnya yang terhasil hanyalah parang kontot yang langsung tidak berguna.
Apabila bercakap tentang kematian, semua orang akan menjadi gelabah dan tidak tentu arah. "Sikit-sikit nak cakap pasal mati, macam takde topik lain je kau ni", itulah respon semua orang apabila diajukan perihal persediaan tentang kematian. Jadilah benarlah kata-kata ustaz azhar bahawa apabila akhirat digadai, yang tinggal hanyalah kehidupan dunia yang penuh dengan kelalaian. Tidak salah bagi kita untuk mengejar dunia, Allah S.W.T. sendiri telah berpesan kepada hambanya supaya mencari rezeki seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi. Jelas sekali bahawa manusia dituntut untuk mencari rezeki, namun yang menjadi kesilapan rata-rata manusia pada masa kini ialah majoritinya terpesona dengan 'lenggokan' dan 'godaan' makhluk yang bernama 'dunia' sampai tersesat dari landasan jalan yang sebenar.
Sungguh, begitu kuat sekali godaan dunia terhadap makhluk bernama manusia. Tanah, rumah, kereta, pangkat, jawatan, dan sebagainya itu hanyalah sekadar umpan, namun tarikannya begitu kuat sehinggakan ramai yang tersungkur di dalam perangkap dunia ini. Hanya manusia yang berilmu sahaja akan dapat membezakan hal-hal duniawi dan ukhrawi, mengejar dunia dan pada masa yang sama, mengumpul bekalan untuk di bawa ke negeri akhirat yang abadi dan mereka merupakan golongan-golongan yang beruntung. Semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua daripada hukuman Allah di dunia dan akhirat seterusnya melayakkan kita untuk mendapat mardatillah dan keampunan-Nya. Amin.
Dunia itu boleh diibaratkan sebagai penjara bagi seorang yang benar-benar beriman, dan juga tempat untuk "menanam" amalan, dan akhirat merupakan tempat untuk "menuai" amalan tersebut. Jika banyak yang ditanam, banyaklah hasilnya dan begitulah sebaliknya. Wallahualam....
No comments:
Post a Comment