Alhamdulillah, setelah 7 bulan aku berada di negeri orang, akhirnya dapat juga aku pulang ke kampung halaman di terengganu. Baru saja siap masukkan semua barang ke dalam beg. Rasa teruja di hati tidak dapat dibendung lagi. Maklumlah, setengah tahun aku tidak melihat negeri sendiri, entah bagaimana rupa bandar kuala terengganu sekarang dan yang paling aku teruja, lepas ni keluar jalan-jalan pergi bandar atau mana-mana saja, aku dapat merehatkan lidahku daripada berbahasa 'key el', oh terengganu, ku amat merindui loghatmu... hihi
Insyaallah aku akan menaiki bas milik dato' sani jam 12.30 tengah hari nanti, kalau dapat ku kawal perjalanan masa, tentu sahaja aku akan memutarkan waktu tepat-tepat jam 12.30 agar dapat segera aku menaiki bas dan bertolak pulang. Semua sudah sedia, tinggal bab makan sahaja sekarang. Perut dari tadi lagi mengalunkan irama syahdu namun apakan daya, tiada makanan yang dapat kuberikan kepada kau sekarang. Sabar.. nanti kita cari sesuatu untuk dimakan ya?
Ok, sekarang masa untuk off laptop kerana cuma mamat ni sahaja yang belum masuk ke dalam beg, degil betul budak ni. Doakan agar perjalananku nanti diberkati dan dipermudahkan oleh-Nya.. Amin ya Rabbal alamin....
Sunday, 26 June 2011
Tuesday, 14 June 2011
Malaysia bergoyang???
Sesiapa yang tinggal di area Kuala Lumpur dan Selangor mesti perasan akan satu goyangan lembut sebentar tadi lebih-lebih lagi bagi yang tinggal di apartmen yang tinggi. Aku yang tinggal di rumah flat berketinggian 5 tingkat dapat merasai goyangan tersebut dengan jelas. Mula-mula tu ingatkan cuma perasaan saja, maklumlah, masa tu baru bangun tidur. Tapi setelah goyangan berlaku buat kali kedua, barulah aku perasan yang goyangan tu betul-betul terjadi dan bukan sekadar cubaan.
Aku cuba la google sikit, nak tengok ada tak berita pasal gegaran lembut tu. Masyaallah.... rupa-rupanya semua tu berpunca daripada gempa bumi yang berlaku berukuran 5.5 pada skala richter di Sumatra, Indonesia. Tak sangka pula gegaran dia tu boleh dirasai sampai ke Malaysia, tak dapat dibayangkan kalau berada di tengah-tengah zon gempa tu macammana, nauzubillahiminzalik...
Lindungilah kami Ya Allah daripada segala malapetaka dan bahaya.. amin......

Apabila jari berhenti menari
kesiannya tengok blog ni, dah berminggu-minggu tak diupdate, seolah-olah telah dilupakan oleh tuannya sendiri, tambah-tambah kerdil la kau sekarang wahai blog sang kerdil! Jahatnya aku, tapi aku memang sengaja rasanya. Tubuh aku sihat, tangan pun ok lagi ni, jari tiada masalah bahkan otak pun masih berfungsi dengan lancar. Mungkin sebab semua itu terlindung dek kemalasan yang semakin menebal di dalam diri. Macamana ya hendak buang penyakit malas ni? Kena mandi air bunga kot.....
Apabila jari berhenti menari......... wahh tajuk entri dah sebijik cam tajuk novel, setanding dengan novel habiburrahman el shirazy kot. Aku memang minat hasil nukilan beliau, begitu lembut dan halus sekali bahasa yang digunakan sampaikan aku rasa terkhayal sekejap saat mataku menatap isi novel yang dikarang beliau. Kalaulah aku dapat mengarang sebaik beliau, tentu sahaja aku akan karang novel bertimbun-timbun dan lepas tu jual kat kedai buku. Kaya aku kaya!
Tapi sebenarnya bukan aku mahu berbual pasal beliau pun, saja merapu pasal beliau sebab nak panjangkan entri, hehehe. Apa-apa pun tahniah buat pasukan bola terengganu kerana telah berjaya membawa pulang piala FA yang telah 11 tahun disimpan di almari pasukan negeri lain selama ini. Sungguh dramatik sekali kemenangan yang diperolehi terengganu pada malam itu. Setelah piala FA kelihatan semakin kabur dipandangan mata, gol mengejut daripada tampanan ke gawang sendiri oleh daudsu telah memcahkan kebuntuan barisan pemain irfan bakti dan penonton yang berpusu-pusu keluar kelihatan meluru kembali ke dalam stadium untuk memastikan kebenaran gol itu.
Kalau sahaja aku di situ, tentu aku akan menjerit sampai terkeluar anak tekak aku ni. Sebabnya aku menjerit didepan tv di rumah aku seperti seorang yang kurang siuman. Bak kata nabil, whatever....... tak kisah la apa orang nak cakap, yang penting kemenangan terengganu sangat menggembirakan hati aku, dan hati ribuan peminat dan penyokong pasukan terengganu. Syabas terengganu.. Peteh ganu peteh...
i love terengganu, my hometown and my everythings.. i was born there, at a small village called ehem2. Tak boleh sebut nama kampung, nanti kantoi.... hahaha.. Semarak darul iman... Wallahu'alam..

Subscribe to:
Posts (Atom)