Wednesday 16 March 2011

Tsunami - Amaran dari Tuhan

Untuk entri pertama blog ini, penulis terpanggil untuk berbicara tentang bencana alam yang menimpa negara matahari terbit baru-baru ini. Bencana yang menimpa Jepun baru-baru ini betul-betul telah menggemparkan satu pelusuk dunia dan difahamkan bahawa sebelum berlakunya tsunami, dunia dikejutkan dengan beberapa gempa yang tidak kurang dasyatnya, nauzubillah. Penulis bersyukur kerana negara kita ini tidak pernah dilanda gempa, namun kita tidak tidak seharusnya berlapang dada kerana Allah itu mempunyai pelbagai cara untuk menguji hamba-hambanya. Yang pasti, kesabaran itu harus disematkan sedalam-dalamnya di dalam jiwa kerana kemenangan itu hanyalah untuk insan yang penyabar.

Antara gambar-gambar tsunami baru-baru ini :













Penulis difahamkan walaupun negara itu dilanda musibah, namun penduduknya tetap tenang menghadapinya. Jelas dapat dilihat daripada gambar-gambar di bawah ini mereka dengan sabar beratur untuk mendapat bantuan makanan walaupun terpaksa beratur dengan panjang. Betullah kata orang, penduduk Jepun merupakan manusia yang paling berdisiplin di atas dunia ini.






Penulis terfikir, kalaulah bencana ini berlaku di Malaysia, dapatkah kita menjadi setabah mereka? Nauzubillah, jauhkanlah kami daripada segala malapetaka-Mu.

Sebagai renungan bersama......

1 comment:

aziekz said...

adakah sikap malaysia akan sedemikian???mmm..rakyat malaysia perlu ambik iktibar atas kjadaian tersebut...even they're non muslim...dapat menunjukkan kesabaran luarbiasa wpun negaranya telah hancur luar biasa...moga kte umat islam mengambil pngajaran dari fenomena ini..