Thursday, 6 October 2011

My new hobby

Sekarang rasa macam dah terkena badi sukan lasak. Mungkin sebab hari tu aku beli beg deuter kot, macam la ada kena mengena kan? He3.. Hobi terbaru aku sekarang ni adalah kayak dan wall climbing. Fuh, memenatkan tapi teramatlah bestnya. Mengalahkan kesedapan ayam KFC dan burger MCD.

Aku mula berkayak dari sem lepas lagi selepas aku join 1 kelab yang diberi nama kresma, atau nama panjangnya kelab rekreasi UiTM Malaysia. Kawan yang perkenalkan aku kat kelab ni. Sem lepas aku cuma masuk untuk join kayak sebab nampak best je orang main petang-petang kat seksyen 2 tu. Bayaran dia pun cuma rm10 untuk 1 sem, murah kan? Sebab tu la aku join. :)

Tapi bermula dari sem ni, aku mula berjinak-jinak dengan sukan lasak yang diberi nama wall climbing. Memang dah tersangkut abis dah ni, rasa macam tiap-tiap malam nak pergi main kat extreme park seksyen 13 tu. Best...... Tapi dia punya lenguh Ya Rabbi, Tuhan je yang tahu...

Ingat nak beli kasut climbing, tapi harga dia mengalahkan harga beg deuter aku (tak abis-abis dengan beg deuter). Mahal..... kaki ayam je lah sem ni, Insyaallah sem depan aku akan beli. Tengah bersemangat ni. Harap-harap semangat ni takkan luntur dengan cepat.... :)

4 comments:

Zakiyah Zainon said...

Wall adalah xtvt lepak terbaek! Kalau kita tak panjat, lepak kat bawah tgk org panjat... Hehehe
Really miss my old good times!

Hamba kerdil said...

hahaha.. btul3!
kiranye kak ni pmpuan lasak jgk la ye? :p

Zakiyah Zainon said...

Lasak x lasak sgt la, boleh tahan jugak mem'beruk'kan diri 12 hari dalam hutan banjaran titiwangsa ms last sem kat uni, konon nk layan jiwa hehehe

Hamba kerdil said...

hehehe.. tp best kan skali skala masuk hutan? tenang je rase.. penat tu blkg citer la.. :p