Tuesday, 5 April 2011

Aku dan golf - part 1

Alhamdulillah.. hari ni dapat juga aku merasa sukan yang diberi nama golf ni. Memang aku akui, sukan ini agak mencabar, lebih-lebih lagi untuk orang yang tiada basic dalam sukan golf macam aku ni. Mula-mula tu takut juga, ye lah sebab nampak semua yang ada kat situ macam otai je. Tapi takut tu tolak tepi dulu, yang penting aku dapat main, hehehe.

tangan aku, kayu golf (pinjam dari kawan) dan bola golf.

Tadi tu percubaan aku yang pertama, jadi tak banyak yang aku dapat cerita. Cuma yang aku tahu, golf ni 1 sukan yang agak menarik. Walaupun tak banyak buat pergerakan, namun boleh dikatakan basah juga la baju dengan peluh. Eh, lupa nak bagitahu, tadi tu aku cuma main kat golf driving range je, so takde lagi la yang pukul masuk lubang tu. hihihi.

Caj yang dikenakan untuk main kat situ murah je, 5 ringgit untuk 50 biji bola. Kalau kat tempat lain aku tak tahu la, lebih kurang je kot. Masalahnya tentang sukan golf ni, kayu dia tu mahal. So bagi sesiapa yang hendak menceburi sukan golf ni perlulah mempunyai komitmen yang tinggi, kalau tak membazir je beli kayu golf mahal-mahal.

~tak salah menikmati dunia asalkan akhirat jangan diketepikan~

3 comments:

Zakiyah Zainon said...

waaahhhh..permainan orang kaya ni...hehehe
kawan2 lelaki saya pun dah byk mula main golf, dah tua :P padahal dulu2 semua footballers..

thirAmira said...

salam..blog anta best la..ur writing pn mantop..overol,i like to read ur blog..keep it up!

Hamba kerdil said...

kak zakiyah :
hahaha.. mmg prmainan org kaya pun. ni pun sbb kwn yg ajak, kalau nk pg main sndiri mmg x dpt la.. cari pengalaman kak.. =)

thiramira :
byk lg kekurangan dgn blog sy ni.. =)