Saturday 17 September 2011

Aku dan beg Deuter

Sesiapa yg suka aktiviti lasak mesti familiar dengan beg berjenama deuter. Pada pertengahan tahun lepas aku ada join satu aktiviti lasak iaitu aktiviti jungle trekking daripada cameron highland ke gopeng (rujuk sini), so aku terpaksa membeli satu beg hiking. Kawan-kawan aku mencadangkan jenama deuter jadi aku pun tanpa segan silu dan confidentnya terus la membeli satu beg deuter berkapasiti 60Liter di uptown shah alam dengan harga rm150. Masa tu aku tak kisah sangat pasal ori tak ori ni, yg penting aku ada beg untuk letak barang dan nampak bergaya cukuplah. Esyehmen, nak masuk hutan pun kena bergaya juga ke? Whatever.....

So dipendekkan cerita, bermula daripada hari tersebut aku seakan-akan demam beg deuter. Tambahan lagi budak rumah aku ada sorang yg menggunakan beg tersebut ke kelas (kapasiti kecil <25Liter), tambah-tambah demam la aku. Ni demam tiada ubat ni, ni kena beli juga ni. Hahaha.. So pendam punya pendam, semalam kawan aku ajak pergi tidur di rumah abang dia di KL. Jadi hari ni, sesudah subuh aku dengan kawan aku pun jalan-jalan la di kota yg penuh dengan kesesatan.. eh? silap.. penuh kesesakan la....... Ok2, ada cubaan melencong di situ. Sigh..

Jalan punya jalan, terpandang la aku kat satu kedai beg ni. Masa tu latar tempatnya di pertama kompleks. Alaa.. yg sebelah sogo tu... yg begitu begitu tu... dan mata aku pun meliar mencari beg galas yg berkenan di hati. Dan sepantas kapal terbang melanggar WTC, mata aku bertentang mata dengan sebuah beg deuter yg tiada mata. Dia punya design fuhh... dia punya kain wallah... dan dia punya warna wallawehh... terus berkenan. Tanya harga dia kat tokey kedai tu, rm249.00. Mak ai... harganya mengalahkan harga nasi kandar restoran hakim.

"tak boleh kurang ke tokey....."
"haiya, u punya pasal takde hal la... 30% wa kasi diskaun!"
"berapa la harga sekarang tokey? Saya malas bab kira mengira ni. Assigment math saya pun tak terbuat lagi ni"
"rm170, lu maw ka tidak?"
"haiya, kasi murah lagi la tokey.... please....!"
"yela2, lu punya muka manyak kasihan oo, macam itu sarjan hassan jugak, wa bagi u rm165"

So selepas sesi negotiation tersebut, aku pun sah pemilik kekal beg deuter tersebut dengan mas kahwin rm165 tunai..... Gembira di hati tidak terbendung lagi, jadi aku pun sengih la sorang-sorang. Sekarang pun tengah sengih lagi ni, tapi korang tak boleh nampak la sebab webcam aku rosak (macam tu pun boleh?). Semangat ni nak pergi kelas, nak menunjuk kat orang, alaa.. macam budak-budak time dapat pistol air tu....

Ok la, penat belum hilang lagi ni, nak pergi mandi dulu. Jumpa lagi pada slot akan datang. Renung-renungkan dan selamat hari raya. :)

p/s : dialog tu cuma merupakan olahan semula oleh pengarang, jangan tertipu dan terpedaya keh? k cantekk... jazakallah.. :)

7 comments:

gadisBunga™ said...

cer tgk kt padang besar. murah2 wooo!!!

Hamba kerdil said...

kat uptown pun byk yg murah, tapi yg sy beli tu ori dan ada lifetime warranty.. :)

gadisBunga™ said...

yg kt padang besar tu tak ori punye tapi kualiti bagus la. diorg cakap gred A.

tapi kalau dah dapat ori n ada lifetime warranty tu adalah even better. :)

Hamba kerdil said...

Oo.. tp jarang pegi sana.. last skali masa tadika kot.. :p

Zakiyah Zainon said...

Kalau betul nak all out outdoor, beli yang ori! Kalau takat nak galas balik kg, yang cetak rompak pun ok! Nak masuk hutan, muatan lebih 10kg, kalau beg tak ori, buat putus tengah jalan...hehehe

Beg akak deuter denali, beli tahun 98 sampai la ok lagi!! Tunggu time tuan dia nak usung beg kembali hehehe

Hamba kerdil said...

betul3x! sy pun tgh planning nk beli beg 60L++ yg ori, tapi kena sediakan duit dlm rm300++ la.. huhu..

Unknown said...

Jom singgah kedai beg deuter online

http://begdeutersale.blogspot.com