Wednesday 6 April 2011

Berdakwah dalam filem

Bagaikan menjadi 1 trend, begitu ramai pengarah-pengarah dan penerbit-penerbit filem sekarang ini yang menerbitkan filem yang berunsur dakwah. Itupun belum dicampurkan lagi dengan slot cerekarama di tv3 yang sentiasa menyiarkan cerita berunsur dakwah setiap malam ahad. Aku sendiri pun baru selesai menonton 1 movie yang bertajuk 'aku masih dara' di laptop usang aku ni.

"filem ni bermotifkan dakwah, tapi pakaian pelakon-pelakonnya, Masyaallah..... betul ke ni filem dakwah?", fikirku sejenak.



Memandangkan semua orang pada zaman sekarang seperti bertuhankan televisyen, aku berpendapat berdakwah menerusi filem merupakan cara yang paling ideal bagi memastikan ramai yang 'terdakwah' secara tidak langsung ketika menonton. Namun begitu, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara. Tambahan pula dengan perlakuan-perlakuan serta dialog-dialog pelakonnya yang seakan-akan menghina agama Islam.

Tapi itu cuma sekadar pendapat, mungkin bagi sesetengah orang perkara-perkara ini dianggap biasa. Namun harus diingat, dosa tetap dosa, walaupun ketika berdakwah. Malaikat yang diberi nama Rakib dan Atid itu tidak pernah sesekali lalai dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

(walaupun menonton sebelah mata, tetapi tetap mengutip dosa melihat aurat-aurat wanita.. Astaghfirullah hal 'azim)

2 comments:

Zakiyah Zainon said...

niat nak berdakwah tapi dialog yang diucapkan dalam filem ni...fuuhh...akak urut dada dik..mengucap berkali2...

Hamba kerdil said...

2 la... sy pun kadang2 tersentak setiap kali keluar dialog2 yg agak keras dan menyentuh sensitiviti agama, mgkin dorg tidak tahu, walaupun niat dorg cuma brlakon, dorg tidak blh mengutuk agama, lebih2 lagi kalu mengutuk Tuhan.. hai apa nk jd la dorg ni...