Saturday 2 April 2011

Poco-poco hanya haram di Perak?

Siapa yang membaca harian metro edisi semalam (1 April 2011) tentu ada terbaca 1 artikel yang menyiarkan mengenai pandangan Dr. Mashitah tentang hukum tarian poco-poco di Malaysia. Sejujurnya pada pendapat aku, Dr. Mahitah sudah hilang ketelusan dalam mengeluarkan pendapat setelah menyertai politik Malaysia. Dulu Dr. seorang yang disegani dan kerap menjadi rujukan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan yang berkaitan dengan agama. Apa yang terjadi sekarang seolah-olah Dr. seperti cuba hendak mengusutkan minda rakyat Malaysia dengan pandangan-pandangannya mengenai hukum-hakam agama.

Pada 28 Mac lalu aku pernah menulis tentang fatwa pengharaman poco-poco oleh mufti perak dan aku beranggapan semua rakyat Malaysia akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Yelah, mufti yang keluarkan fatwa kan? bukannya orang sebarangan. Namun aku terkejut sebab yang menyangkal fatwa mufti perak ini adalah insan yang turut berada dalam bidang agama. Menurut Dr. Mashitah, pengharaman poco-poco hanya berkuatkuasa di Perak dan tidak melibatkan negeri-negeri lain. Eh? boleh ek camtu??


Dr. Mashitah Ibrahim

"Ia hanya berkuat kuasa di Perak sahaja kerana ia bukan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaaan. Saya rasa tidak perlu membingcangkan tentang perkara ini kerana isu ini bersifat kenegerian, mungkin terdapat keperluan yang menyebabkan Mufti Perak membincangkan isu berkenaan dalam jawatankuasa Fatwa Negeri Perak", katanya dalam 1 sidang media.

Menurut Dr. Mashitah lagi, tarian poco-poco ini merupakan 1 kaedah senaman yang unik kerana ia menarik dan sesuai untuk semua golongan. Tapi betulkah begitu? Bagiku yang haram tetap haram, janganlah kita cuba mempertahankan sesuatu benda yang haram kerana ia cuma akan menampakkan kejahilan diri sendiri.

Mashitah oo mashitah.....

6 comments:

Mummy-Zerry said...

boleh tak kiranya kita nilai seseorang melalui pakaian dulu, lepas tu kata2nya.. mari kita fikirkan

Hamba kerdil said...

sepatutnya begitu.. namun sebaliknya yg trjadi.. sijil lebih dipandang drpd ukuran ilmu itu sndiri.. semoga kita semua dilindungi-Nya drpd segala fitnah dunia..

wanacesh said...

jgn tgk saper yg ckp,tpi tengok pa yang dicekapnya,,betul x,,kdg2 Allah sampaikan mesejnya melalui org yg kita tidak suka

dr masitah ni rasanya dia nk sesuaikan agama dengan kehndak masyarakat la,,org politik la katakan,,huhu,,baik bersenam chickendance dari pocopoco

Hamba kerdil said...

yup.. btul 2.. tp seharusnya asing2 la lelaki prmpuan.. x manis menari tergelek2 sama2 mcm 2..

Unknown said...

macam ni la jadinya apabila terjun ke dlm arena politik. Ramai yang kurang senang dengan kata2 dato mashitah ni. Bukan ttg poco2 je tp ttg aurat wanita islam.

Hamba kerdil said...

betul 2, ini lah yg berlaku sekiranya ahli agama yg tersesat dlm ilmunya sndiri.. nauzubillah.. semoga dato mashitah diberikan cahaya petunjuk utk kmbali ke jln yg benar.. amin...